Sabtu, Mei 19, 2012

JKKK, JKDB JANGAN SEBAR FAKTA TIDAK BETUL KEPADA MASYARAKAT - SAPAWI

JKKK, JKDB jangan sebar fakta tidak betul kepada masyarakat

SIPITANG 18 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu melengkapkan pengetahuan dengan maklumat dan fakta yang betul ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, sebagai pengantara antara kerajaan dan rakyat, JKKK bertanggungjawab mengenai perkara itu bagi memperbetulkan persepsi di kalangan masyarakat.

"Jangan jadi JKKK yang sama sekali tidak mempunyai maklumat atau fakta yang benar. Sebarang isu yang dilontar hendaklah dipastikan kebenarannya dan jangan mudah dipengaruhi dan diperdaya," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan kepada seramai 38 JKKK dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Sindumin di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Ahmad Bujang; Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Rahman Mohd. Noh dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Sindumin, Richard Kamtan.

7 ulasan:

  1. Setuju dengan Sapawai bahawa JKKK perlulah menyebarkan maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat kampung supaya tidak mempengaruhi persepsi mereka terhadap kerajaan.

    BalasPadam
  2. Rakyat biasanya mempercayai apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka, jadi JKKK ada tanggungjawab memberikan maklumat yang benar dan berfakta, janganlah cuma memperdaya mereka.

    BalasPadam
  3. ya.. para JKKK harus memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada oranga ramai. mereka harus memberi persepsi yang baik kepada kerajaan.

    BalasPadam
  4. JKKK perlu jalankan tanggungjawab mereka sebagai medium bagi kerajaan menyalurkan maklumat.

    BalasPadam
  5. Semoga JKKK akan lebih bertanggungjawab memberikan maklumat yang penting kepada masyarakat.

    BalasPadam
  6. Berikan fakta yang tepat untuk memastikan masyarakat tidak tersalah ertikan.

    BalasPadam
  7. mana2 JKKK yang berpotensi mampu mengelirukan rakyat patut diberhentikan serta merta..

    BalasPadam