Rabu, Mei 16, 2012

ANOTHER PPRT ESTATE IN THE PIPELINE

Sabah kaji bangunkan Ladang PPRT di pedalaman atas

160512_p2a

KOTA KINABALU 16th May, 2012: Kerajaan Negeri sedang mengkaji kemungkinan membangunkan sebuah lagi Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bahagian pedalaman atas negeri ini sebagai tambahan kepada Ladang PPRT sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kelmarin.

Katanya langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai ketua isi rumah miskin dan miskin tegar (KIRMT) untuk mendapat manfaat seperti yang dinikmati oleh KIRMT di Ladang PPRT sedia ada di Kalabakan, Tawau dan Tongod.

“Ladang PPRT Kalabakan dan Tongod yang dimajukan secara usahasama dengan Sawit Kinabalu Bhd kini berupaya membayar dividen sebanyak RM400 sebulan kepada 1,167 KIRMT di daerah-daerah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di sini.

Selain itu, Musa berkata kerajaan negeri juga bercadang menambah bilangan Mini Estet Sejahtera (Mesej) daripada 44 buah kepada 50 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Beliau turut memaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membayar Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyakRM200 sebulan kepada 11,325 nelayan di Sabah setakat 30 April lepas.

Musa berkata kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan terus bekerja melaksanakan pelbagai program yang menjurus ke arah membasmi kemiskinan sebagai mengotakan janji kepada rakyat.

“Kita (BN) bukan bekerja semata-mata untuk pilihan raya seperti yang dibuat oleh pembangkang. Bagi kita, kita bekerja seolah-olah setiap hari adalah pilihan raya,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan atas kerjasama mantap dalam memastikan dasar dan program pembangunan kerajaan dilaksanakan.

---------------

State looking at setting up another PPRT estate

KOTA KINABALU 16th May, 2012: The State government is studying the possibility of setting up another estate under the development programme for the hardcore poor people (PPRT) in the Upper Interior.

Presently, there are two existing PPRT estates at Kalabakan in Tawau and Tongod in the Pitas district which had been developed jointly with Sawit Kinabalu Berhad.

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman told reporters after chairing the State-level Steering Committee on Poverty Eradication meeting at Wisma Innoprise here yesterday.

According to him, the PPRT estates in Kalabakan and Tongod are now able to pay a dividend of RM400 a month to a total of 1,167 hardcore poor household heads in the two districts respectively.

“This shows that the government has succeeded through this programme in alleviating the hardships of the low-income group, especially among the hardcore poor people in the State,” he said.

In addition, said Musa, the State government also proposes to increase the number of ‘Sejahtera’ mini estate (Mesej), including micro Mesej to at least 50 estates under the Tenth Malaysia Plan (10MP).

At present, a total of 44 Mesej and Micro Mesej are being implemented throughout the State.

Musa who is also the chairman of the Steering Committee on Poverty Eradication said the State and Federal governments will continue to implement various poverty eradication programmes that involve the hardcore poor in the State under the e-kasih.

Among the poverty eradication programmes are Agropolitan, Mesej,PPRT estates, Housing Assistance Programme and the 1Azam.

Meanwhile, the Malaysian Fisheries Development Board (LKIM) has paid the Fishermen Living Allowance of RM200 monthly to a total of 11,325 fishermen in Sabah as of last month (April).

Out of the total fishermen, 1,958 are registered recipients of the e-kasih programme.

LKIM will also implement the home improvement projects, new home construction and relocation of fishermen under the Special Fund for Fishermen programme starting this year (2012) to 2014.

Present were Deputy Chief Minister-cum-Minister of Agriculture & Food Industry Datuk Seri Yahya Hussin, Minister of Rural Development Datuk Dr Ewon Ebin, Minister of Local Government & Housing Datuk Hajiji Haji Mohd Noor, Minister of Community Development & Consumer Affairs Datuk Hajah Azizah Mohd Dun and permanent secretary to the Ministry of Rural Development Datuk Ghulam Jelani.

The meeting was also attended by the relevant ministries’ senior officers including State and Federal department heads.

-------------

23 ulasan:

  1. jika ladang tersebut dibangunkan, psti penduduk setempat akan turut mendapat manfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika projek ini berjalan lancar, pasti membantu penduduk kampung.

      Padam
  2. satu usaha baik dari kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha semua golongan untuk membaiki pendapatan amat diperlukan.

      Padam
  3. If it truly bring benefit to the people, then by all means build it.

    BalasPadam
  4. We can really see that the government is doing all they can to eradicate poverty in sabah. Keep up the good work!

    BalasPadam
  5. saya sokong sepenuhnya usaha kerajaan ini.. saya harap penduduk kampung juga dapat memberikan kerjasama dan tidak sewenang2nya membantah niat murni kerajaan ini..

    BalasPadam
  6. Teruskan usaha untuk membawa Sabah ke peringkat lebih berkembang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah semakin membangun dengan bantuan kerajaan.

      Padam
  7. Usaha bersama diperlukan untuk membawa Sabah kelaur dari golongan kemiskinan.

    BalasPadam
  8. Buatlah apa yang memanfaatkan rakyat.

    BalasPadam
  9. Keputusan kerajaan Sbaah untuk menambah bilangan Program Pembangunan Rakyat Termiskin menunjukkan bahawa kerajaan ikhlas menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan sememang ikhlas dalam membantu rakyat dari golongan yang berpendapatan rendah.

      Padam
  10. Diharapkan rakyat akan mengambil peluang baik ini untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

    BalasPadam
  11. PPRT estates in Kalabakan and Tongod are now able to pay a dividend of RM400 a month to a total of 1,167 hardcore poor household heads in the two districts respectively.

    Terbukti kerajaan prihatin dengan rakyat di Sabah. Usaha ini harus diteruskan.

    BalasPadam
  12. Kerajaan sentiasa akan membantu rakyat, terbukti dengan adanya projek seperti ini, pasti akan membuka bantak peluang kepada rakyat.

    BalasPadam
  13. Peluang seperti ini harus di ambil oleh penduduk untuk membaiki taraf hidup mereka.

    BalasPadam
  14. Satu perancangan yang baik dicadangkan Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bahagian pedalaman atas negeri bagi membantu meningkatkan pendapatan dikawasan tersebut. Usaha ini sememangnya perlulah kita sokong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. penduduk di kawasan yang terpilih untuk projek ladang rakyat ini perlu menyokong dan menerima projek ini dan tidak mudah terpengaruh dengan mana2 pihak yang cuba menggagalkan usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi rakyat..

      Padam
  15. Waaa satu lagi projek mega kerajaan.

    BalasPadam
  16. Harap projek ini dapat mengembangkan ekonomi kita.

    BalasPadam
  17. Peluang pekerjaan lagi dapat diwujudkan.

    BalasPadam
  18. saya harap usaha kerajaan membangunakn ekonomi rakyat di kawasan pedalaman tidak menerima sebarang bantahan penduduk sebagaimana projek2 kerajaan sebelum ini..

    BalasPadam