Selasa, April 03, 2012

SIKAP GEMAR MENAMBAH AKSESORI PUNCA KERETA MUDAH TERBAKAR

Aksesori punca kereta mudah terbakar

image

KUALA LUMPUR 2 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sikap pemilik kereta yang gemar menambah aksesori seperti meletakkan lampu di bawah kenderaan serta mengubah suai sistem audio sebagai punca peningkatan kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini.

Ia berlaku apabila mereka menggunakan aksesori yang tidak berkualiti dan sistem pendawaian pula dilakukan oleh mereka yang tidak mahir hingga boleh menyebabkan berlaku kebakaran apabila barangan itu terdedah kepada haba.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pada tahun lalu, kebakaran kenderaan mencatatkan 276 kes berbanding 235 kes pada 2010.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pertandingan Larian Bersama Bomba 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Tilmizi Mustapa dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Kuala Lumpur, Azizan Ismail.

-----------------

Kereta anggota TLDM hangus

LENGGONG 2 April - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran majlis pertunangan adiknya nyaris maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Sabri Ishak, 29, dalam perjalanan dari rumah abangnya di Kuala Lumpur ke kampungnya di Kampung Batu 8, Baling, Kedah sebelum kereta tersebut tiba-tiba terbakar.

Sabri yang bertugas di Teluk Sepanggar, Sabah, berkata, sewaktu melalui pekan Lenggong, tiba-tiba kepulan asap keluar dari saluran penghawa dingin kereta.

image Sabri Osman (kanan) cuba menyelamatkan kelengkapan hantaran pertunangan adiknya selepas kereta yang dipandunya ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Baling terbakar di Jalan Lenggong-Gerik, berhampiran Kampung Tampan, Lenggong, semalam.

8 ulasan:

  1. Pemilik kereta janganlah sembarangan menambah aksesori di kereta kerana ia mampu mengundang bahaya.

    BalasPadam
  2. Tiap tahun berlaku pertambahan kes kebakaran kenderaan. Pasti dapat dikurangkan jika setiap pemilik kereta sentiasa mengamalkan ciri2 keselamatan.

    BalasPadam
  3. cuba senaraikan jenis2 kenderaan yang terlibat dengan kebakaran.. jika kes kebakaran ini banyak melibatkan kenderaan buatan tempatan, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kualiti kenderaan tempatan..

    BalasPadam
  4. Hopefully car owners will not make unnecessary modifications to their vehicles, some even have modifications or accessories which does not follow the roads safety regulations. Like changing the brake lights from the standard red color to white, which cannot be seen in day light, this is dangerous.

    BalasPadam
  5. The JPJ should be stricter against car owners who make illegal modifications to their vehicles to prevent accidents from happening to them and lessen the accidents to the other road users.

    BalasPadam
  6. penambahan eskesori kereta jgnlah dilakukan dgn sewenang-wenangnya. jika nak lakukan biarlah yang pakar melakukannya, tapi sebaiknya tak perlulah nak buat penambahan.

    BalasPadam
  7. Jadi sebaiknya biarkanlah kenderaan yang ada seperti biasa.

    BalasPadam