Khamis, April 19, 2012

PTPTN: AKTIVIS MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA DISERANG

PTPTN: Aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka diserang

----------------------------

SHAH ALAM 19 April 2012 - Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk "Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".

Salah satu mesej Twitter menyebut individu kumpulan memberi amaran akan datang selepas ini.

Sementara satu lagi mesej pula menyebut seorang aktivis wanita, yang berada dalam khemah, telah ditendang beberapa kali dan ditarik keluar oleh penyerang.

Malah, beberapa mesej mengaitkan insiden itu dengan parti politik tertentu memandangkan seorang dua penyerang ada memperkenalkan diri mereka sebagai anggota sayap pemuda sebuah parti.

"Kami tidak akan tunduk kepada keganasan. Dataran Merdeka milik rakyat," tulis akaun occupydataran.

Aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas mengadakan demonstrasi meminta kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.

---------------

PTPTN: We didn’t start the fire

Many students have been left in the lurch, the universities have been largely protected by PTPTN rather than regulated and pressed by the government agency to give more value to the students, and in a state where state funds are very arbitrarily and selectively disbursed, then can the rest be demanded to stick to arrangements. What about kepimpinan melalu teladan (Leadership through example)?

PTPTN is a mess, but the kids did not start the fire.

10 ulasan:

  1. Balik lah, wahai mahasiswa. Mahu tuntut PTPTN bukan guna cara macam ini, jangan berkhemah di luar lagi.

    BalasPadam
  2. kalau Pakatan Rakyat betul-betul mahukan yang terbaik untuk mahasiswa kita, mereka tidak akan menghasut mahasiswa kita ini untuk membuat demo sehingga keselamatan mereka tidak terjamin dan pelajaran mereka terbengkalai. Apa sebenarnya tujuan Pakatan Rakyat melakukan semua ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembangkang mahu mendapatkan sokongan rakyat terutama golongan muda. inilah salah satu dari taktik mereka.

      Padam
    2. golongan muda memang mudah terpenhgaruh jadi pembangkang ambil kesempatan tu untuk mendapat sokongan dan undi.

      Padam
  3. Tindakan mahasiswa ni tidak akan selesaikn masalah. tambah masalah ada la..

    BalasPadam
  4. Sayangilah nyawa, undi la parti mana yang disuka.

    BalasPadam
  5. tiada faedah juga mereka berkhemah di sana, bgs balik.

    BalasPadam
  6. Siapakah mereka ini?? Buat apa mahu ganggu orang yang tidak buat kecoh pula. Kalau samseng itu bukannya bagus sangat untuk dicontohi.

    BalasPadam
  7. siapa suruh buat hal di Dataran Merdeka?? Dataran Merdeka bukan untuk pelajar2 melepak, mendirikan kemah dan sebagainya..

    BalasPadam
  8. kalau mahu sangat pendidikan percuma, belajar la rajin2 dan berusaha untuk dapat keputusan kelas pertama.. baru la PTPTN boleh bagi pengecualian dari membayar semula pinjaman..

    BalasPadam