Jumaat, April 27, 2012

MATI KEBULURAN AKIBAT DIET ROHANI

Mati kebuluran akibat diet rohani

GENEVA 27 April 2012 - Akhbar Switzerland, Tages-Anzeiger, kelmarin melaporkan seorang wanita di Wolfhalden mati kebuluran gara-gara mengamalkan diet rohani( tidak makan atau minum dan hanya mendapat bekalan nutrien daripada cahaya matahari) pada tahun lalu.

Wanita malang berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai terpengaruh dengan dokumentari dari Austria memaparkan gaya hidup seorang sami India yang mengamalkan diet rohani tersebut selama 70 tahun.

Akhbar tersebut juga mendedahkan beberapa kes sama melibatkan beberapa individu turut dilaporkan di Jerman, Britain dan Australia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan