BATU FERINGGHI - RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringghi.
20 April 2012 - Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.
Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.
Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.
Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.
Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.
Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.
Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan menikmati kuih tradisional berkenaan.
“Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.
“Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.
Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.
“Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.
“Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar,” katanya.
Memang melampaulah kalau begitu.Suka hati saja naikkan harga.
BalasPadam80 sen seketul dengan inti yang sedikit memang tidak berbaloi, tetapi pelanggan ada hak untuk tidak membeli. Bila semua orang boikot, maka peniaga tersebut pun boleh tutup gerai disebabkan tiada bisnes.
BalasPadamKalau inti banyak-banyak memang berbaloilah 80 sen seketul. Tapi kalau sedikit sahaja itu inti bagus saya buat sendiri di rumah.
PadamPeniaga yang sengaja meletakkan harga yang melampau itu sendiri cari pasal, bila tiada orang mahu beli, macam mana nak dapat keuntungan?
BalasPadamPatut dikenakan tindakan peniaga yang macam tu. mengambil kesempatan
PadamBiarkan peniaga macam ini dengan labu-labu mereka. Peniagaan macam ini tidak akan berjaya.
PadamMahalnya..adaka orang beli tu..??
BalasPadamLagi bagus kalau tiada orang beli, biar gerai ini cepat tutup.
PadamTidak payah support penjual macam ni.
PadamJangan ambil kesempatan menipu pembeli. Tidak berkat.
BalasPadammahal jg harga karirap sampai begitu, tidak berbaloi pula.
BalasPadamJangan terlalu tamak nanti sendiri juga yang rugi tidak ada orang yang mahu membelinya.
BalasPadamSungguh mahal tapi jika besar, maka ianya berbaloi.
BalasPadamPastikan harga yang diletakkan berbaloi.
BalasPadamkalau 80 sen seketul, baik buat sendiri kuih tu.. bukannya susah pun.. cekik darah betullah peniaga sekarang ni..
BalasPadam