Ahad, April 22, 2012

IPTS AKAN GULUNG TIKAR JIKA MANSUH PTPTN?

60 IPTS gulung tikar jika mansuh PTPTN

TEMERLOH 21 April 2012 – Keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jika diambil, boleh menjejaskan operasi 60 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti di negara ini, sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketiadaan pinjaman PTPTN juga menyebabkan keluarga miskin akan menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Menurutnya, cadangan memansuhkan PTPTN bukanlah idea terbaik untuk memajukan sektor pendidikan peringkat tinggi.

“Lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

"Kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir, di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup.

"Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju, tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik. Malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Peringkat Pahang di Dewan Sekolah Menengah Abu Bakar, hari ini.

Saifuddin berkata, idea menubuhkan institusi pinjaman kepada pelajar pernah disarankan oleh Prof Engku Aziz pada 1973 dan dinamakan sebagai Tabung Siswa untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan kemudahan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi.

Menurutnya, idea pakar ekonomi itu ternyata amat bijak kerana kaedah tersebut boleh membantu perkembangan sektor pendidikan negara sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

“Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

“Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya.

M FEISAL NORAZI

29 ulasan:

  1. Penyelesain terbaik perlu dikaji untuk mengurangkan beban tanggungan pelajar disamping dapat membantu pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar da nyayuk, tu semua hanya kepentingan politik Anwar saja.

      Padam
    2. kerajaan sudah membantu para pelajar untuk mengurangkan kadar bunga bagi pinjaman mereka. pelaksanaan ujrah dari 3%-1% ni sedikit sebanyak telah mengurangkan beban para peminjam.

      Padam
    3. Ini semua janji-janji manis sahaja, senang dicakap tapi sukar dilaksanakan.

      Padam
    4. Jika percuma, tanggungan akan jatuh ke atas kerajaan. harus juga mencari kaedah yang lebih berkesan.

      Padam
  2. Terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat keputusan yang terbaik bagi isu ini. Khairi dan Rafizi bakal mengadakan satu pendebatan pada bulan depan untuk membincangkan isu PTPTN ini, mungkin ia boleh memberikan sedikit idea baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik kita tunggu pendepatan antara Khairy dan Rafizi ini barulah kita membuat penilaian.

      Padam
    2. Pengalaman 2 pihak boleh dikongsi.

      Padam
  3. Pastikan apa tindakan yang diambil adalah memanfaatkan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  4. I wonder whether Anwar had thought about the consequences of abolishing PTPTN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia sendiri yang meluluskan PTPTN ketika dulu, kini nak mansuhkan, Anwar mmg sengaja nak mainkan isu ini. dia bukan serius jg nak mansuhkan PTPTN.

      Padam
  5. Tidak perlu fikirkan pinjaman PTPTN ni membebankan kalau memang pelajar belajar bersungguh2. Lepas habis pengajian, dapat kerja bgus, tidak jadi masalah sudah bagaimana untuk bayar pinjaman tu semula. apalagi kalau dapat PNGK 4.0 automatik jadi biasiswa la pinjaman tu.lagi bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya mereka yang tidak belajar bersungguh-sungguh sahaja yang merasai susah untuk membayar balik.

      Padam
    2. kalau jadi pelajar kelas pertama ptptn akan jadi biasiswa.

      Padam
  6. Pelajar2 ni dijadikan sebagai alat politik untuk menentang kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap kesemua ini tidak merisikokan para penuntut.

      Padam
    2. pekara seperti ini tidak harus jadi bahan politik.

      Padam
  7. Pembangkang tidak sepatutnya menggalakkan pelajar berdemo di dataran dan tidak menghadirkan diri ke kuliah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pelajar enggan, tidak mungkin boleh paksa. Rasa pelajar initahu apa yang mereka perlukan.

      Padam
    2. jika ada pelajar tidak mahu menerima ptptn, jadi janganlah mohon pinjaman tersebut.

      Padam
  8. Bukan mudah untuk memansuhkan PTPTN, banyak lagi kena dikaji dan dibincang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..apa pun yang dibuat perlu diteliti terlebih dahulu, bukannya bertindak suka hati.

      Padam
  9. masa Anwar dalam kerajaan beliau tidak pula mansuhkan ptptn, tapi bila sudah berada di luar kerajaan barulah beliau mahu mansuhkannya.

    BalasPadam
  10. Mengenai PTPTN itu rasanya perlulah dilihat sendiri. Memang IPTS akan gulung tikar. Tapi bagaimana pula dengan lepasan pelajar IPTS. Pinjaman tinggi dan juga kos tinggi. Jadi perlu dilihat mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  11. IPTS mungkin perlu mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini jika berlaku.

    BalasPadam
  12. Pastikan kesan positif berada di pihak pelajar.

    BalasPadam
  13. Pihak swasta kena cari alternatif lain.

    BalasPadam
  14. begitulah sikap pemimpin tidak sedar diri seperti Anwar.. dulu dia sokong PTPTN, sekarang dia bantah.. dulu dia luluskan 14 lesen IPP, sekarang dia juga yang bantah..

    BalasPadam
  15. tujuan Anwar mengumumkan pendidikan percuma, bukan untuk memperbaiki sistem pendidikan negara atau meringankan beban para pelajar, sebaliknya sebagai isyarat kepada pelajar2 supaya menganjurkan demonstrasi bagi menaikkan beliau sebagai perdanan menteri seterusnya. jika benar beliau bersungguh2 melaksanakan pendidikan percuma, kenapa tidak laksanakan dulu di Selangor??

    BalasPadam