Ahad, April 15, 2012

HISHAM SOKONG TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Hina raja-raja Melayu: Hisham sokong tubuh suruhanjaya

KLUANG 15 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyokong cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan “tuan punya badan” menafikan.

"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati,”

katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung penubuhan suruhanjaya itu bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Katanya, beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan,” katanya.

21 ulasan:

  1. Betulkah ada pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu? Perbuatan seperti amat serius kerana dilihat sebagai penghkianatan terhadap Raja dan Negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. If this is true, Pakatan Rakyat can be said to commit a treason.

      Padam
    2. jika benar apa yang didakwakan, mereka harus dikenakan tindakan.

      Padam
  2. Apapapun, tunggulah penyiasatan secara mendalam terhadap tuduhan ini terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan perkara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebenaran pasti akan diketahui juga nanti sama ada pekara yang didakwakan ni benar atau sebaliknya.

      Padam
  3. This act of defiance is an insult to the monarchy institution of our nation.

    BalasPadam
  4. Hopefully this RCI will be establish along side with the the RCI on Illegal immigrants in Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhaps its good to have this RCI to investigate whether this allegation is true.

      Padam
  5. Mungkin perkara tu harus dilaksanakan untuk mengekalkan institusi Raja2

    BalasPadam
  6. The voice asking for RCI have been pending too long.

    BalasPadam
  7. Masalah PATI tidak harus ditangguhkan lagi, ketenteraman dan perkembangan tergugat.

    BalasPadam
  8. Biarlah RCI menjalakan tugas untuk mengenalpasti masalah PATI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..harap RCI akan ditubuhkan dengan cepat untuk selesaikan masalah pati.

      Padam
  9. kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus kerjasama untuk menyelesaikan isu PATI yang semkain di luar kawalan.

    BalasPadam
  10. Walaubagaimanapun, rakyat harus diutamakan.

    BalasPadam
  11. lakukanlah apa yang patut untuk mengetahui kebenaran terhadap dakwaan ini.

    BalasPadam
  12. hal ini harus disiasat, kita tak boleh dibiarkan institusi kesultanan dipersendakan.

    BalasPadam
  13. SSD untuk itu tapi bagaimana dengan SSD untuk Sabah.

    BalasPadam
  14. nampaknya pemimpin2 pembangkang hari ini semakin naik kepala.. sudah la tidak menghormati undang2, Raja2 pun dia tidak hormat.. patut la senang2 mereka anjurkan demonstrasi tanpa perlu memikirkan kesannya..

    BalasPadam