Hina raja-raja Melayu: Hisham sokong tubuh suruhanjaya
KLUANG 15 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyokong cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan “tuan punya badan” menafikan.
"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung penubuhan suruhanjaya itu bagi menyiasat dakwaan berkenaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.
Katanya, beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.
"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan,” katanya.
Betulkah ada pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu? Perbuatan seperti amat serius kerana dilihat sebagai penghkianatan terhadap Raja dan Negara.
BalasPadamIf this is true, Pakatan Rakyat can be said to commit a treason.
Padamjika benar apa yang didakwakan, mereka harus dikenakan tindakan.
PadamApapapun, tunggulah penyiasatan secara mendalam terhadap tuduhan ini terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan perkara ini.
BalasPadamkebenaran pasti akan diketahui juga nanti sama ada pekara yang didakwakan ni benar atau sebaliknya.
PadamThis act of defiance is an insult to the monarchy institution of our nation.
BalasPadamHopefully this RCI will be establish along side with the the RCI on Illegal immigrants in Sabah
BalasPadamPerhaps its good to have this RCI to investigate whether this allegation is true.
PadamMungkin perkara tu harus dilaksanakan untuk mengekalkan institusi Raja2
BalasPadamHopefully this issue will be investigate first.
PadamThe voice asking for RCI have been pending too long.
BalasPadamMasalah PATI tidak harus ditangguhkan lagi, ketenteraman dan perkembangan tergugat.
BalasPadamBiarlah RCI menjalakan tugas untuk mengenalpasti masalah PATI.
BalasPadamya..harap RCI akan ditubuhkan dengan cepat untuk selesaikan masalah pati.
Padamkerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus kerjasama untuk menyelesaikan isu PATI yang semkain di luar kawalan.
BalasPadamWalaubagaimanapun, rakyat harus diutamakan.
BalasPadamya..rakyat harus menjadi keutamaan..
Padamlakukanlah apa yang patut untuk mengetahui kebenaran terhadap dakwaan ini.
BalasPadamhal ini harus disiasat, kita tak boleh dibiarkan institusi kesultanan dipersendakan.
BalasPadamSSD untuk itu tapi bagaimana dengan SSD untuk Sabah.
BalasPadamnampaknya pemimpin2 pembangkang hari ini semakin naik kepala.. sudah la tidak menghormati undang2, Raja2 pun dia tidak hormat.. patut la senang2 mereka anjurkan demonstrasi tanpa perlu memikirkan kesannya..
BalasPadam