100% KEUNTUNGAN MINYAK UNTUK SABAH
Oleh : NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI
PENDAPATAN minyak di Sabah boleh dimiliki oleh Sabah sebanyak 100% (seratus peratus) jika pemimpin politik dari Sabah dan Semenanjung boleh mencari jalan untuk berkerjasama.
Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang mencadangkan supaya royalti minyak Sabah dinaikkan dari 5% sehingga 20% ke 70%. Berbagai-bagai pandangan pro dan kontra dari pelbagai pihak mengenai isu tersebut. Kebanyakan pandangan ini tidak disokong dengan fakta bagaimana membolehkan royalti minyak ini boleh ditambah sehingga ke paras tertentu.
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan beberapa ungkapan yang digunakan dalam industri minyak dan gas yang mana akan di gunakan dalam penerangan seterusnya. Perkataan yang selalu digunakan dalam industri minyak dan gas adalah seperti Pemilik Minyak (Owner), Syarikat Minyak (Oil company), Kontraktor (Contractor) dan Syarikat Perkhidmatan (Service company).
- Pemilik Minyak di Malaysia secara tidak langsung telah diserahkan kepada Petronas di bawah Akta Perlombongan Petroleum; manakala di sesetengah negara, minyak dan gas itu dimiliki oleh negara tersebut sendiri.
- Syarikat Minyak di Malaysia adalah seperti Petronas, Shell dan Esso, yang mana syarikat ini bertanggung jawab mengeluarkan minyak.
- Kontraktor juga boleh merujuk kepada Syarikat Minyak yang menjalankan sendiri operasi pencarian dan pengeluaran minyak dan gas.
- Syarikat Perkhidmatan merupakan syarikat-syarikat dengan kepakaran tersendiri membantu Syarikat Minyak dan Kontraktor untuk pencarian dan pengeluaran minyak dan gas. Syarikat Perkhidmatan terdapat banyak di pasaran dan empat Syarikat Perkhidmatan yang terbesar di dunia adalah seperti Schlumberger, Halliburton, Baker Hughes Inteq dan Weatherford.
Untuk makluman pembaca, tidak ada satu pun Syarikat Minyak yang boleh mencari dan mengeluarkan minyak secara berkesan tanpa bantuan Syarikat Perkhidmatan dan sesetengah Syarikat Minyak agak mustahil boleh menjalankan kerja-kerja pencarian dan pengeluaran minyak dan gas tanpa bantuan Syarikat Perkhidmatan.
Oleh kerana Petronas bertindak sebagai Pemilik Minyak dan Syarikat Minyak pada masa yang sama, maka ia bertindak mencari Syarikat Minyak atau Kontraktor lain untuk pencarian dan mengeluarkan minyak dan gas di Malaysia.
Kaedah yang diguna pakai ini untuk pemberian kontrak kepada Syarikat Minyak atau Kontraktor adalah dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Pengeluaran-PPP (Production Sharing Agreement/Contract-PSC).
Hasil jualan pengeluar akan digunakan untuk kos pengeluaran, bayaran kepada Syarikat Minyak dan bakinya akan diambil oleh Petronas yang akan dikongsikan 5% dengan Negeri Sabah jika minyak tersebut dikeluarkan di Negeri Sabah sebagai bayaran royalti minyak.
Kebanyakan Negara lain selalu mengunakan kaedah asas pembahagian keuntungan pengeluaran minyak berdasarkan 10 barrel tong minyak. Mengikut kaedah ini, setiap penghasilan 10 barrel tong minyak, 3 barrel tong minyak untuk Syarikat Minyak, 3 barrel tong minyak untuk kos pengeluaran dan 4 barrel tong minyak untuk pemilik.
Bagi beberapa negara di Timur Tengah, 70% akan diambil dari hasil pengeluaran minyak dan hanya 30% diberi untuk Syarikat Minyak untuk kos pencarian dan pengeluaran ditanggung oleh Negara tersebut.
Jika Sabah inginkan peratus pendapatan minyak yang lebih baik, ia harus menukar statusnya kepada Pemilik Minyak dan jika mahu pendapatan peratusan yang lebih banyak lagi ia juga boleh menjadi Syarikat Minyak atau pun Kontraktor.
Gerakerja ini boleh dicapai dengan melakukan pindaan undang-undang iaitu Akta Perlombongan Petroleum yang sedia ada.
Jika isu ini dapat diatasi, Negeri Sabah boleh mendapat 100% hasil pendapatan penjualan minyak dan gas dan hanya perlu membayar kos kepada Syarikat Perkhidmatan dan dalam bentuk cukai kepada Kerajaan Persekutuan.
Ini bererti pendapatan kasar Negeri Sabah dalam sektor industri minyak dan gas dianggarkan berjumlah US12 billion setahun dan secara tidak langsung menjadikan negeri terkaya bersama Sarawak dan Terengganu di Malaysia.
Perjanjian Perkongsian Pengeluaran juga mempunyai kelemahan kerana wujudnya jangka masa pengeluaran yang selalunya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun yang mana Syarikat Minyak terpaksa mengeluarkan minyak sebanyak mungkin dalam tempoh tersebut.
Andaikata Negeri Sabah bertindak sebagai Pemilik dan Syarikat Minyak, kita akan dapat mengawal pengeluaran harian bergantung kepada harga harian pasaran semasa minyak mentah dan keupayaan pengeluaran takungan minyak itu sendiri bagi menghasilkan minyak lebih banyak dan lebih lama.
Dalam hal ini, kita akan tertanya-tanya apa fungsi Petronas selepas Akta Perlombongan Petroleum berjaya dipinda bagi membolehkan Negeri Sabah menjadi Pemilik dan Syarikat Minyak?
Petronas masih boleh menjadi penyelaras pengeluaran minyak Negara dan membantu Syarikat Minyak di Malaysia dalam bentuk teknikal dan masih boleh mengekalkan status sebagai Syarikat Minyak di luar negara.
Dengan pendapatan kasar Sabah US12 bilion setahun dalam sektor minyak dan gas banyak pembangunan yang kita dapat laksanakan berbandingkan RM4 billion setahun peruntukan yang diberi dari Kerajaan Persekutuan dan ini belum diambil kira daripada pendapatan sektor pertanian dan pelancongan.
Semoga semua pihak dapat menerima hakikat bahawa Sabah ada hak sebagai Pemilik Minyak yang ada di negeri ini. Untuk merealisasikan perkara ini saya menyeru semua rakyat Sabah dan mana-mana pihak bersatu dan mengembalikan hak negeri Sabah bagi menghapuskan pandangan serong bahawa “Sabah membangunkan Malaysia” dan mengharapkan pada akan datang kita akan mendengar ungkapan baru, “Sabah maju dan makmur dalam Malaysia”.
------------
Rasanya kebanyakan rakyat tidak berani meletakkan harapan yang begitu tinggi bahawa royalti minyak 100% akan diberikan kepada Sabah.
BalasPadam100% indeed not possible, a reasonable profit sharing of 60% vs 40% should be a great idea.
PadamSince Sabah has to depend on Petronas to help us process and market the oil, Petronas deserves to have some profit as well.
Padammungkin ianya terlalu sukar untuk dicapai..
PadamSemoga pemimpin tempatan Sabah akan berjaya mencapai satu persetujuan untuk meningkatkan royalti minyak Sabah bersama dengan Kerajaan Persekutuan.
BalasPadamDi harapkan royalti minyak dapat di naikkn untuk kebaikan rakyat sabah.
PadamKadar ini memang masanya untuk membuat perubahan.
PadamEven though is the oil should belong to Sabah 100% as highlighted in this article, but there are a few matter that needed to be pointed out.
BalasPadamThe opposition are not on the same page as to the agreed amount in terms of percentage pertaining to the oil royalty.
BalasPadamApart from that, the opposition only manage to state the amount of royalty, but up to now, fail to justify that amount.
BalasPadamFor example: What is the rational of 20%, 50%, 70%? why this percentage numbers? can the opposition as well that one particular NGo give their justification? why not 95% if not 100% since after all, they said that the oil in Sabah suppose to be wholly own by Sabah as well as other states for that matter.
BalasPadamWe need to view this matter critically and not simply got swept off out feet by the stars and moons promised by the opposition.
BalasPadamPembangkang cuma tau buat janji sahaja, untuk menunaikan,belum tentu lagi.
PadamTingkatkan dan perbanyakan projek2 Petronas yang boleh mengembang dan beri manfaat kepada sosio-ekonomi Sabah & rakyatnya.
BalasPadammemperbanyakkan projek yng memberikan manfaat ekonomi adalah cadangan yang baik.
PadamProjek2 dari petronas banyak membantu ekonomi Sabah.
BalasPadamKontraktor tempatan harus juga diberi peluang untuk membuktikan kebolehan untuk menguruskan projek besar-besaran.
BalasPadampeluang akan lebih bnyak akan diperoleh sekiranya lebih banyak projek yang dilaksanakan di Sabah.
PadamAndaikata Negeri Sabah bertindak sebagai Pemilik dan Syarikat Minyak, kita akan dapat mengawal pengeluaran harian bergantung kepada harga harian pasaran semasa minyak mentah dan keupayaan pengeluaran takungan minyak itu sendiri bagi menghasilkan minyak lebih banyak dan lebih lama.
BalasPadamMay be a right way to control the production of petrol for long run are essential.
Pertambahan loyalti amat diperlukan supaya pendapatan negeri lebih mencukupi untuk projek pembangunan yang berlanjutan.
BalasPadam100% a bit not possible. May be an optimum percentage has needed to justify.
BalasPadamKadar loyalti harus dikaji supaya Sabah mendapat apa yang berpatutan.
BalasPadamLoyalty given mainly for continuous development are good so that economy in Sabah boost high.
BalasPadamTujuan pembangkang adalah baik supaya Sabah dapat menikmati loyalti yang lebih baik untuk pembangunan.
BalasPadamKerajaan negeri harus memperjuangkan yang terbaik untuk orang Sabahan.
BalasPadamSabah harus mendapt byk manfaat daripada hasil minyak dan gas dari PETRONAS.
BalasPadamHopefully Petronas will give back by having more projects in Sabah like the SAMUR project, the new Liquified Natural Gas Train and others.
PadamOf course Petronas does not only take, they do give back as well in form of projects such as Kimanis and Sipitang project.
BalasPadamyup.. hanya jika Sabah jadi pemilik dan syarikat minyak barulah segala janji2 bagi menaikkan royalti itu dapat dilaksanakan..
BalasPadampemimpin2 pembangkang juga tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu menaikkan royalti untuk negeri ini.. tidak ada fakta yang boleh menyokong bahawa tuntutan mereka mampu dilaksanakan sekiranya berjaya merampas kerajaan..
BalasPadamkadang-kadang janji yang diberikan hanya untuk dapt sokongan..
Padamharap Sabah akan jadi semakin membangun dan mendapat hasil ekonomi yang banyak.
BalasPadam