Khamis, April 19, 2012

FACEBOOK ANTARA PUNCA KES ROGOL

Onar teman laman sosial

KUANTAN 2012/04/19: Pengaruh dan penggunaan Internet tanpa sempadan yang semakin berleluasa termasuk laman sosial facebook dikesan menjadi punca berlakunya jenayah rogol di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata medium itu yang sepatutnya menjadi bahan rujukan positif disalahgunakan hingga mengundang perlakuan jenayah dan masalah sosial lain di kalangan pelajar serta remaja.

Katanya, berdasarkan indeks jenayah membabitkan pelajar sekolah, sebanyak 133 kes rogol direkodkan tahun lalu berbanding 222 pada 2010 menunjukkan 40 peratus penurunan.

“Walaupun jenayah rogol di kalangan pelajar sekolah ini menunjukkan penurunan, namun ia tetap membimbangkan.

“Akses kepada Internet dan laman sosial yang terlalu bebas tanpa kawalan sememangnya boleh menjurus kepada perlakuan jenayah dan masalah sosial,” katanya pada sidang media selepas Majlis Dialog Naib Pengerusi MCPF Kebangsaan Bersama Guru-Guru Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Pahang, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.

Lee berkata, melalui Internet dan laman sosial berkenaan pelajar terbabit akan berkenalan dengan individu tertentu yang seterusnya membawa kepada temujanji dan pertemuan sehingga ada yang lari dari rumah.

“Dari situ mereka terjerumus ke dalam masalah sosial seperti paparan gambar lucah, cerita seks dan pelbagai lagi yang akan menjurus kepada jenayah rogol,” katanya.

Katanya, semua itu berlaku disebabkan kebebasan tanpa kawalan diberikan ibu bapa kepada anak mereka yang masih di bangku sekolah.

Katanya, ibu bapa atau penjaga sepatutnya perlu memantau dengan tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka untuk melayari Internet serta mengakses laman web negatif yang sememangnya merosakkan pemikiran golongan terbabit.

“Masalah yang timbul ini masih belum ada jalan penyelesaian holistik, semua pihak termasuk ibu bapa perlu mengadakan perbincangan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengawal seterusnya memantau aktiviti sosial golongan pelajar,” katanya.

Lee berkata, selain rogol kes curi motosikal dan pecah rumah membabitkan golongan pelajar sekolah turut membimbangkan dengan masing-masing mencatatkan 579 dan 208 kes tahun lalu.

“Bagaimanapun, statistik perlakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.

“Bagi Januari hingga Februari tahun ini jumlah kes jenayah membabitkan pelajar adalah sebanyak 233 kes dan bagi tempoh sama tahun lalu sebanyak 240 kes,” katanya.

Menurutnya, bagi menangani perkara itu daripada terus berleluasa, MCPF akan membantu KPJ di sekolah seluruh negara yang kini dianggarkan lebih 5,000 sudah ditubuhkan membabitkan 90 peratus sekolah rendah dan menengah.

“Kita akan membantu mereka (KPJ) dengan memberi garis panduan aktiviti boleh disertai pelajar selain membuat lawatan ke sekolah dengan mengadakan program penerapan nilai murni untuk membentuk generasi muda yang berwibawa seterusnya mencapai sasaran sifar jenayah,” katanya.

29 ulasan:

  1. Satu garis panduan yang jelas adalah baik untuk membantu anak-anak muda menggunakan FB dengan bertanggungjawab dan selamat.

    BalasPadam
  2. Harap jenayah siber dapat dikawal dengan baik dengan adanya undang-undang untuk melindungi para pengguna.

    BalasPadam
  3. Kalau disalahgunakan memang akan mengundang kepada jenayah. jadi, amalkan konsep kendiri.

    BalasPadam
  4. Kes seperti ini hanya berjaya dielakkan jika individu tidak terlalu obses dengan rakan2 yang dikenali melalui FB.

    BalasPadam
  5. tu la jangan kasi masuk gambar2 yang seksi2.

    BalasPadam
  6. facebook harus digunakan untuk kebaikan, bukan untuk perkara tidak baik.

    BalasPadam
  7. Pantau anak2 yang mengunakan FB ini.

    BalasPadam
  8. Gunakanlah FB sebaiknya.

    BalasPadam
  9. baik jangan galakkan anak2 membuka akaun FB.. atau kalau perlupun, biarlah password FB mereka turut dipegang oleh ibubapa...

    BalasPadam
  10. Facebook’s initial public offering will be the largest and perhaps the most highly anticipated Internet deal in history.

    BalasPadam
  11. Faced with great expectations, however, Facebook is staring down some unnerving obstacles when it comes to key areas of monetization and growth: public distrust and display advertising apathy.

    BalasPadam
  12. More than half (57 percent) of Facebook users polled said they never click on ads or other sponsored content when they use the site, according to a new AP-CNBC poll. Another 26 percent said they hardly ever engage in such activity.

    BalasPadam
  13. While the company makes money, in part, simply by displaying sponsored content, user clicks are a critical part of an advertiser’s calculus when gauging the effectiveness of those ads and how much they’re willing to pay for them.

    BalasPadam
  14. In the first quarter, Facebook generated 82 percent of its $1.06 billion in revenue from advertising sales.

    BalasPadam
  15. In the company’s online IPO pitch to retail investors, Chief Financial Officer David Ebersman said the company is working to make ads “more relevant, more social, and more engaging” as it looks to grow.

    BalasPadam
  16. While Facebook has been able to decrease its reliance on sponsored content (down from 98 percent of sales in 2009), the hopes of expanding the company’s e-commerce footprint also faces public resistance, the poll showed.

    BalasPadam
  17. A majority of participants (54 percent) said they wouldn’t feel safe using the platform for financial transactions such as purchasing goods or services; only 8 percent said they would feel extremely or very safe in doing so.

    BalasPadam
  18. While Facebook currently has a limited market for real goods and services (most financial transactions are done for virtual goods and games), analysts cite e-commerce as an extremely lucrative, and untapped, market for the platform — one that could be vital for the company’s future growth.

    BalasPadam
  19. The public also remains wary of Facebook’s valuation, widely bandied about as $100 billion, with just 3 percent of respondents saying they thought the company would be undervalued at such a number — half said they thought it would be overvalued (that view rises to 62 percent among active investors).

    BalasPadam
  20. Views are also split on whether or not shares of Facebook stock would make a good investment — with progressively less positive opinions for older age groups.

    BalasPadam
  21. The youngest respondents (age 35 and under) were most likely to say Facebook would be a good investment (59 percent said yes), followed by baby boomers and Generation X-ers (55 percent and roughly 50 percent, respectively), followed by seniors (only 39 percent).

    BalasPadam
  22. As for Mark Zuckerberg, the wunderkind CEO who turned 28 on Monday inspires somewhat tepid confidence as a leader, with only 18 percent of respondents saying they were extremely or very confident in his ability to run a large publicly traded company like Facebook.

    BalasPadam
  23. Yet pinning down a specific reason was difficult for respondents, who neither cited his age, temperament, nor reputation as significantly affecting those abilities.

    BalasPadam
  24. Facebook users have consistently cast a wary and suspicious eye on the platform: 59 percent of respondents said that they had little to no trust in Facebook to keep their information private.

    BalasPadam
  25. Yet despite those ongoing concerns, the number of users (and their engagement) continues to increase.

    BalasPadam
  26. Facebook has grown to 901 million monthly active users worldwide, with personal computer users spending six to seven hours per month on the site (compared to just 3 minutes for Google+ users), according to recent data from ComScore.

    BalasPadam
  27. Charting a future course may prove more difficult than meets the eye for the company, according to the poll, and navigating that landscape under the daily pressures of a public company could prove even more difficult.

    BalasPadam
  28. The AP-CNBC poll was conducted from May 3 through May 7, with a sample size of 1,004 participants ages 18 and over. The margin of error for the poll is +/- 3.9 percentage points.

    BalasPadam
  29. The Facebook IPO is expected to price Thursday night, and the stock will start trading Friday.

    BalasPadam