Rabu, April 18, 2012

DEWAN RAKYAT LULUS AKTA BARU GANTI ISA

Dewan Rakyat Lulus Akta Baru Ganti ISA

KUALA LUMPUR April 17, 2012: Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Cadangan akta baru itu dibentangkan semalam untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Penggubalan rang undang-undang itu selaras dengan hasrat kerajaan melakukan perubahan dan pembaharuan dalam landskap politik negara, sekali gus mewujudkan ruang demokratik mencukupi untuk perbezaanpendapat dan persaingan idea.

23 ulasan:

  1. Diharapkan ISA akan dimansuhkan seperti apa yang dijanji oleh kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ISA perlulah dikaji semula untuk memastikan sama ada ia masih releven ataupun tidak.

      Padam
    2. ISA tidak relevan untuk zaman sekarang terutama negara menghala ke arah demokrasi.

      Padam
  2. Pastikan penggubalan rang undang-undang ini dipatuhi oleh semua rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kerajaan perlulah tegas memastikan rakyat mematuhi akta ini, kalau tidak mereka tidak akan menghormati undang-undang kita.

      Padam
  3. Semoga akta baru adalah yang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kerajaan merancang satu akta baru yang lebih releven dan berkesan.

      Padam
    2. There are not perfect akta but all needed to study and review from time to time whether its still relevant.

      Padam
    3. harap akta baru ini akan dapat memastikan ketenteraman dan keamanan sentiasa terjaga.

      Padam
  4. Penggubalan undang2 baru perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak supaya Akta baru yang digubal itu akan lebih sesuai dan pragmatik sesuai dengan tuntutan semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. penggubalan akta baru ini agar ianya lebih sesuai dan relevan dengan keadaan sekarang.

      Padam
  5. Selain daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini, kerajaan juga telah memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini dan juga pemansuhan terhadap Akta Kediaman Terhad 1933. Pihak kerajaan juga bersetuju untuk mengkaji semula Akta Mesen Cetak dan penerbitan 1984 dan Akta Polis 1967.Kesediaan pihak kerajaan untuk mengkaji semula Akta-Akta tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mahu rakyat dapat hidup dengan lebih selesa selaras dengan ke arah negara maju menjelang 2020.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu tindakan yang bijak utuk memansuhkan akta dan undang-undang yang tidak sesuai lagi.

      Padam
  6. Akta baru memerlukan kajian selidik agar tidak merisikokan mana-mana pihak.

    BalasPadam
  7. Akta baruharus bertindak lebih flexible dan boleh berfungsi baik untuk mengawal.

    BalasPadam
  8. Akta yang bertindak mengancam kebebasan rakyat harus dimansuhkan. Kebebasan harus juga terhad untuk mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakannya.

    BalasPadam
  9. Kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk memansuh ISA. Great job.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..nampaknya kerajaan persekutuan menunaikan janji untuk mensuhkan ISA.

      Padam
  10. moga akta baru ini benar2 adil untuk semua.

    BalasPadam
  11. semoga akta baru ini akan lebih baik dan dapat menjaga keamanan negara.

    BalasPadam
  12. Semoga akta baru ini dapat dijelaskan lagi dengan lebih terperinci.

    BalasPadam
  13. ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan akta baru ini, tapi perlu ingat, tidak ada negara di dunia ini yang 100% bebas.. pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama sekiranya mendapat mandat memerintah negara ini..

    BalasPadam