Selasa, April 03, 2012

ANCAMAN LEDAKAN PENDUDUK INDONESIA

Masyarakat Indonesia Diingatkan Tentang Ancaman Ledakan Penduduk

JAKARTA April 3, 2012: Masyarakat Indonesia pada Selasa diingatkan mengenai ancaman ledakan penduduk jika kadar kelahiran tidak dikawal dengan baik.

Ketua Badan Kependudukan dan Perancangan Keluarga Nasional (BKKBN) Dr Sugiri Syarief berkata hasil Banci Penduduk 2010 tentang kadar pertumbuhan 1.49 peratus adalah sesuatu yang harus diberikan perhatian serius.

Dengan kadar pertumbuhan itu, penduduk Indonesia yang berjumlah 237 juta orang mengikut Banci Penduduk 2010 boleh tumbuh dengan pesat dalam masa terdekat jika program perancangan keluarga tidak dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,

katanya di Denpasar, Selasa.

Dr Sugiri berharap peranan masyarakat dapat ditingkatkan bagi menjayakan usaha untuk mengendalikan dan mengatur kelahiran, sementara pihak kerajaan di semua peringkat pula diharap akan lebih memerhatikan program kependudukan dan perancangan keluarga (KKB) untuk mengawal pertumbuhan penduduk.

"Jika program KKB tidak dilaksanakan secara konsisten yang menyebabkan pertambahan penduduk tidak terkawal, ia akan memberi kesan negatif terhadap pelbagai aspek pembangunan," katanya.

Dr Sugiri berkata pada masa ini angka kematian bayi dan ibu yang melahirkan adalah rendah dan ia telah menyebabkan ibu sering melahirkan anak dan jumlah anak yang dilahirkan menjadi semakin banyak.

7 ulasan:

  1. Semakin ramai penduduk,semakin sempit kehidupan. Tidak hairan ramai yang berhijrah ke negara lain.Tidak kurangnya juga masuk ke negara ni sebagai PATI.

    BalasPadam
  2. Buatlah perancangan keluarga seperti yang dilakukan di Singapura.Satu keluarga,dua orang anak.

    BalasPadam
  3. kadar kelahiran di Indonesia perlu dikawal, setiap pasangan perlu ada perancangan keluarga yang sistematik.

    BalasPadam
  4. Adakah Indonesia akan mengambil tindakan seperti di China untuk mengawal kelahiran anak?

    BalasPadam
  5. Sebab itulah ramai yang datang ke Sabah secara haram. Ini kerana antara negera yang senang dan dekat dengan mereka untuk dimasuki.

    BalasPadam
  6. Ba jangan pula membanjiri Sabah.

    BalasPadam
  7. patut la Indonesia tidak kisah ramai warganya berhijrah ke negara2 lain..

    BalasPadam