Selasa, Mac 06, 2012

“SETIAP WARGANEGARA YANG LAYAK BERHAK MENDAPAT BANTUAN, TANPA MENGIRA PEGANGAN POLITIK MEREKA” - LIEW

Hentikan bantuan OKU: Pemimpin BN bidas Mong

NONEMac 6, 2012: Tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang (kiri) mengarahkan Jabatan Pertanian menghentikan pemberian subsidi kepada seorang pekebun pro-pembangkang yang cacat dibidas oleh rakan-rakan BN,

Ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang pada mulanya mensyaki surat arahan yang ditandatangani oleh Mong itu adalah palsu, berkata pada laman Twitter hari ini bahawa perbuatan berkenaan adalah "politik lama" dan "salah".

NONE"(Tindakan) Mong adalah salah. Beliau perlu menarik balik surat itu. Itu cara politik sangat lama. Bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kurang Upaya mesti melampaui hubungan politik," kata Abdul Rahman.(kanan)

Turut bersependapat dengan beliau, adalah Ketua Pemuda Gerakan Selangor Liew Pok Boon yang menyatakan rasa terkejutnya dengan arahan, Mong, yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lalu.

"Kami terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan seperti ini," kata Liew dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa setiap warganegara yang layak berhak mendapatkan bantuan, tanpa  mengira pegangan politik mereka.

koh tsu koon gerakan agm 2011 storyPada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (kiri) berkata, kerajaan tidak akan membenarkan insiden serupa untuk berterusan.

"Saya percaya kerajaan persekutuan tidak akan melakukan perkara-perkara seperti ini,” kata Koh sambil menambah bahawa beliau perlu menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Selain pemimpin BN, tindakan Mong juga dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahli parlimen Selayang, William Leong menggesa layanan tidak adil serta penindasan ke atas penyokong pembangkang dihentikan.

Jumaat lalu,pekebun itu Frusis Lebi  membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Mong ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

NONE"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Walau bagaimanapun, menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Katanya, beliau menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan