Najib umum RM150j naik taraf lebuh raya Pasir Gudang
JOHOR BAHARU, 10 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang di Johor Bahru.
Najib yang mengumumkan perkara itu di majlis perjumpaan bersama penduduk setempat di Taman Setia Indah, di sini, berkata projek berkenaan akan menjadikan lebuh raya empat lorong itu ketika ini kepada enam lorong.
"Projek naik taraf empat lorong kepada enam lorong itu dimulakan menerusi fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer," katanya semasa berucap di majlis itu.
Hadir sama di majlis itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ADUN Puteri Wangsa Datuk Abdul Halim Sulaiman dan ADUN Tebrau Datuk Maulizan Bujang.
Perdana menteri berkata projek naik taraf lebuh raya yang sesak itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar apa yang dihasratkan oleh penduduk dan masyarakat sekitar, lapor Bernama.
-----------
SABAH & SARAWAK DAPAT RM423 JUTA MENAIK TARAF JALAN PAN BORNEO SEPANJANG 2,230 KILOMETER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan