Warga Asing Hutang Hospital Sabah RM21.54 Juta - Rosnah
KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Hampir 90 peratus daripada jumlah tunggakan bil hospital di Sabah membabitkan pesakit warga asing, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Katanya daripada kira-kira RM25 juta bil yang tertunggak setakat ini, RM21.54 juta adalah hutang pesakit warga asing.
Hospital Likas mencatatkan jumlah tungakan tertinggi dengan RM8.171 juta, diikuti Hospital Tawau RM6.10 juta, Lahad Datu (RM3.307 juta), Hospital Dutchess of Kent Sandakan (RM2.4 juta) dan Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu sebanyak RM2.162 juta, katanya, di sini Jumaat.
"Ini menunjukkan dakwaaan pembangkang sebelum ini tidak benar," katanya yang ditemui pemberita selepas program Khidmat Awam, PIKA bersama Sabah.FM di RTM Kota Kinabalu.
Beliau sebelum itu diminta mengulas dakwaan pembangkang baru-baru bahawa kerajaan menanggung kerugian RM100 juta akibat bil hospital yang tertunggak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan