Khamis, Mac 15, 2012

MB SELANGOR PENGUNDI HANTU?

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Mac 15, 2012: Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

8 ulasan:

  1. Harap penyiasatan akan dibuat mengapa kawasan mengundi boleh ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri?

    BalasPadam
  2. Jika kawasan pemastautin ditukarkan, maka Mohd Razlan tidak boleh menjadi MB untuk penggal seterusnya. Harap penjelasan akan diberikan oleh SPR.

    BalasPadam
  3. Hopefully this matter will be look into.

    BalasPadam
  4. EC needs to check their system so that the same error will not occur in the future.

    BalasPadam
  5. kena check betul2 SPR kena siasat kesalahan tu

    BalasPadam
  6. lazimnya kawasan mengundi adalah berdasarkan alamat dalam kad pengenalan, jadi bagaimana hal ini boleh tmbul?

    BalasPadam
  7. Teruskan lagi SPR menyiasat mengenai perkara ini. Sebaiknya kerjasama dengan JPN perlu bagi memastikan perkara ini dapat ditangani.

    BalasPadam
  8. isu ini sudah tersebar di merata tempat dan ramai pihak yang menyalahkan umno.. saya tidak rasa UMNO adalah dalang disebalik pertukaran tempat mengundi Khalid ini. Khalid adalah seorang penyokong PKR, letak dimana sekalipun beliau akan tetap mengundi PKR. apa kepentingan UMNO dengan memindahkan Khalid ke Lembah Pantai kalau akhirnya Khalid akan tetap mengundi PKR?

    BalasPadam