Khamis, Mac 29, 2012

HARAMKAN BAWAKU PERGI

Haramkan Bawaku Pergi

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kerajaan digesa mengharamkan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan yang disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, pihaknya berharap lagu tersebut tidak lagi diputarkan dan dihebahkan kepada masyarakat.

''Ia sama sekali tidak wajar dihebahkan untuk pendengaran masyarakat, apatah lagi menjadi siulan remaja kerana ia jelas menyampaikan mesej tidak baik dan membawa mesej negatif.

''Kita tidak mahu ada agenda oleh mana-mana pihak tertentu menggunakan cara halus seumpama ini untuk merosakkan semangat dan roh bangsa Malaysia tanpa kita sedari.

''Suara kebimbangan ibu bapa ini amat perlu diberi perhatian pihak kerajaan memandangkan banyak kes remaja melarikan diri pada masa kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

-----------

Purata Dua Orang Dilaporkan Hilang Setiap Hari

"Pecahan terperinci mendedahkan bahawa 1,202 mereka adalah gadis,"

siasatan polis mendedahkan bahawa kebanyakan orang yang paling hilang apabila mereka "hilang" melarikan diri bersama kekasih, dipengaruhi rakan-rakan, atau mahu kebebasan daripada ibu bapa mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan