Sabtu, Februari 25, 2012

PENDAPATAN MINIMA RM54 RIBU SETAHUN UNTUK M’SIA DIIKTIRAF NEGARA MAJU

Pendapatan minimum RM54 ribu setahun

KOTA KINABALU Feb 25, 2012: Berdasarkan kriteria Bank Dunia, rakyat perlu mencapai pendapatan per kapita sebanyak RM54 ribu setahun untuk menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

boer_yahya_hussin-crop Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata ketika kini pendapatan per kapita rakyat hanyalah di paras RM19 ribu. Ia bermakna negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar sekurang-kurangnya 5.4 peratus setahun bermula tahun 2012 hingga 2020.

Atas kesedaran itu, katanya, kementerian telah menetapkan impak yang ingin dicapai di bawah Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan seterusnya dengan strategi masing-masing.

“Bagi mencapainya, kita kena lipat gandakan usaha dan mengambil pendekatan baru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan melakukan pendekatan ‘Quantum Leap’.

“Ia merupakan pendekatan yang bersandarkan kecekapan, kemahiran, kepakaran dan penggunaan teknologi tinggi dengan mencontohi budaya kerja sektor swasta dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian.

“Pada masa sama, kita juga perlu memandang ke depan kerana sumber-sumber pengeluaran utama kita semakin berkurangan,” katanya pada program roadshow dasar agromakanan negara di sini Khamis lalu.

Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk mengeksploitasi kelebihan yang sedia ada dengan lebih mantap sebagai pengeluar yang terhindar daripada penyakit yang merbahaya.

Menurutnya, kawasan persisiran pantai yang luas dan sesuai bagi kegiatan akuakultur serta tanah-tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika yang boleh dikomersilkan perlu dieksploitasi secara optimum.

Yahya berkata, komoditi-komoditi itu perlu dibangunkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan moden dan teratur serta mengambil pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’ melalui penciptaan pasaran terbuka tanpa persaingan dan menghindari persaingan yang nyata.

“Saya berharap dasar ini dapat dijadikan panduan bukan sahaja oleh jabatan dan agensi kerajaan tetapi juga pihak swasta, petani, penternak dan nelayan yang merupakan pemain utama industri agromakanan negara,” katanya.

16 ulasan:

  1. Mudah2an segala rancangan untuk menjadi negara per kapita tinggi akan berjaya.

    BalasPadam
  2. sekarang pendapatan per kapita rakyat hanyalah di paras RM19 ribu.dalam tempoh 9 tahun lagi mampukan negara mencapai pendapatan minima sebanyak RM54 ribu setahun?hmm...

    BalasPadam
  3. diharap pendekatan quantum leap ini akan berhasil dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

    BalasPadam
  4. Hopefully our nation will become a develop nation cum 2020

    BalasPadam
  5. At Present our citizens' income per capital is at 15k.

    BalasPadam
  6. Hopefully within 8 years time this figure will reach 54k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika boleh mencapai pendapatan minima 54 ribu, bukan sahaja negara mendapat manfaat, rakyat juga akan mendapat kebaikan.

      Padam
  7. Hopefully our people will adapt to the qualities that has been highlight by the Minister of Of Agriculture and food industry.

    BalasPadam
  8. Change of paragdim = quantum leap =transformation.

    BalasPadam
    Balasan
    1. All bears similar meaning in achieving the ultimate goal that has been hinglight by TUN M's vision 2020

      Padam
  9. dalam keadaan sekarang, amat sukar untuk mencapai pendapatan seperti itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap dapat capailah target yang sebegitu.

      Padam
  10. semoga kita mmpu mencapainya untuk menjadi negara maju.

    BalasPadam
  11. Semoga Negeri Sabah akan terus maju pada masa akan datang.

    BalasPadam
  12. Kerajaan Malaysia perlulah berusaha lagi untuk membawa negara kita ke arah negara maju.

    BalasPadam
  13. jika dilihat sekarang kebanyakkan rakyat hanya berpendapatan RM30k setahun. untuk mencapai RM54k rasanya masih jauh perjalanan.

    BalasPadam