Sabtu, Februari 25, 2012

C-1: KENDERAAN KELAS BARU

Kenderaan kelas baru

image MOTOR yang memiliki semua kelengkapan dan kemudahan sebuah kereta.C-1 tidak terbalik walaupun ketika tidak bergerak.

Feb 25, 2012: SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.

Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.

Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.

Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.

Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.

Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

image “Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.

image “Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. “Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.

c-1-world-first-self-balancing-motorcycle.1-500x373-crop “Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.

image“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.

image “Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.

“Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.” Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.

LitMotors_C1 (4) “Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.

“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu. - Agensi

8 ulasan:

  1. any chances seeing it on the streets in Sabah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kena tunggu lama lagi untuk melihat kereta macam ini di Sabah ataupun Malaysia.

      Padam
  2. harga motosikal elektrik ini nampak macam mampu milik juga. mungkin ramai yang berminat untuk memilikinya.

    BalasPadam
  3. emm.. harga dia boleh beli kereta yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang..

    BalasPadam
  4. bagi yang suka bergaya sesuailah beli benda ni, tapi dgn harganya lebih baik beli kereta. apapun, ia tetap satu kenderaan yang unik dan menarik.

    BalasPadam