Rabu, Februari 01, 2012

NOR MAHAMED DIPELAWA BERDEBAT DENGAN GUAN ENG

Nor Mohamed Dipelawa Berdebat Dengan Guan Eng Mengenai Tol

BUTTERWORTH Feb 1, 2012: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Rabu mempelawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdebat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai tol.

Pengerusi jawatankuasa penganjur debat itu, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, debat bertajuk "Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?" itu akan diadakan pada 29 Feb ini.

Surat jemputan rasmi untuk berdebat dihantar ke pejabat kedua-dua pemimpin itu hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Syed Mikael berkata penganjur sedia memberi kelonggaran kepada Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor untuk mengubah tarikh debat jika beliau tidak boleh menyertai pada tarikh yang ditetapkan.

Baru-baru ini, Nor Mohamed dipetik sebagai berkata janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung beban hutang. - BERNAMA

15 ulasan:

  1. Isu tol ini perlulah diselesaikan kerana banyak rakyat yang terpaksa membayar tol untuk menggunakan sesetengah jalan setiap hari, ini membebankan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tak dpt hapuskan, kurangkanlah tol tersbut.

      Padam
    2. kasi mansuh saja tu tol

      Padam
  2. Harap satu penyelesaian menang-menang boleh dicapai dalam isu ini supaya semua pihak akan rasa puas hati.

    BalasPadam
  3. Is an open debate regarding this issue will achieve anything?

    BalasPadam
  4. Instead of a debate, perhaps the ruling party ans the opposition should have a sit down and discuss a win-win plan to address the matter being mentioned

    BalasPadam
    Balasan
    1. Put aside the ego and find the best solution.

      Padam
  5. asyik bawa debat saja, berdebat bukan selesaikan masalah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga kebaikan berdebat ini. Kita dapat lihat isu ini dari pelbagai aspek.

      Padam
  6. dekat2 PRU ni ramai pula yang mehu berdebat. ramai yang mahu tunjuk hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mahu debat, debat di Parlimen ja..

      Padam
  7. perhimpuanan dan debat ni sinonim dengan pihak pembangkang.

    BalasPadam
  8. Debat lagi..Rasanya perkara sebegini tidak perlu dibawa debat pun. Kerana pasti akan menyukarkan lagi keadaan dan bukannya penyelesaian.

    BalasPadam
  9. kenapa bukan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat saja yang berdebat??

    BalasPadam
  10. tidak perlulah berdebat di atas pentas.. berdebat saja melalui saluran media..

    BalasPadam