Isnin, Februari 27, 2012

AWAS! MINYAK MASAK TUALA WANITA & SUSU TIRUAN

Minyak masak tuala wanita

JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

---------------

Bapa dakwa terbeli susu tiruan

MOHD. FAISAL bersama anaknya menunjukkan perbezaan bungkusan susu tepung yang biasa dibelinya (kiri) dan yang didakwa tiruan (kanan) di Bayan Baru, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.

Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.

"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.

"Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.

Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.

"Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.

12 ulasan:

  1. There are similar cases in the past whereby there are certain hawkers in Penang tried to shell 'fake' chicken eggs to the public in Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun lalu, telur ayam tiruan ni dikatakan dibuat dari China.

      Padam
  2. It bears similar resemblance to the real mccoy but slightly bigger.

    BalasPadam
  3. Hopefully the pubic will not be duped by such instances.

    BalasPadam
  4. Consumers needs to be careful what they purchase.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, para pengguna perlulah berhati-hati bila membuat pembelian, jangan membeli hanya kerana harganya murah.

      Padam
  5. bahayanya. kita sebagai pengguna harus sentiasa berhati-hati.

    BalasPadam
  6. makin banyak penipuan terhadap pengguna sekarang ni. ramai peniaga yang hanya pentingkan keuntungan semata2 tanpa memikirkan tentang hal kebersihan dan keselamatan pengguna. harap pengguna sentiasa berhati2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kerana keuntungan mereka sanggup lakukan sesuatu diluar batasan.

      Padam
    2. Peniaga yang tidak bertanggungjawab seperti perlulah diambil tindakan terhadap mereka. Hentikan lesen mereka.

      Padam
  7. Macammana boleh tuala wanita pula masuk dalam pek minyak ini. Sungguh hairan perkara ini berlaku.

    BalasPadam