Khamis, Januari 19, 2012

SKIM KAWALAN HARGA NEGERI SABAH SELAMA 12 HARI DIKUATKUASAKAN MENJELANG TAHUN BARU CINA

Skim Kawalan Harga Selama 12 Hari Dikuatkuasakan Menjelang Tahun Baru Cina

KOTA KINABALU, 19 Jan (Bernama) -- Skim kawalan harga selama 12 hari akan diadakan bagi mengawal harga barang menjelang perayaan Tahun Baru Cina, bermula Khamis sehingga 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Sabah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Balwant Singh A/L Pritam Singh berkata skim itu dikuatkuasakan di 24 daerah di seluruh negeri Sabah, dan peniaga juga harus meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk membezakan jenis barangan.

"Kita serius mengawal dan memantau kenaikan harga barangan di musim perayaan,"

katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga barang di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya belum lagi menerima aduan tentang kenaikan harga barangan dan juga kekurangan bekalan barang terutama keperluan asas.

Balwant berkata mana-mana pihak yang enggan mematuhi peraturan harga barangan yang ditetapkan akan dikenakan denda atau penalti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berharap para peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya sebaliknya bersikap lebih bertimbang rasa kepada pengguna.

15 ulasan:

  1. Harap pemantauan dan pengawalan harga akan dilaksanakan dengan tegas supaya tiada peniaga yang sengaja menaikkan harga bila masa perayaan.

    BalasPadam
  2. Pemebli patut melaporkan mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan ini.

    BalasPadam
  3. Good move in order to control the price during this festive season.

    BalasPadam
  4. Hopefully this ministry too will continue to be vigilant.

    BalasPadam
  5. pada musim2 perayaan ini, pemantauan harga barangan kena dilakukan, kerana pada waktu inilah ramai peniaga yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

    BalasPadam
  6. Bila sampai musim perayaan, sudah pasti ada banyak peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barang, harap pengawalan harga ini akan dipatuhi oleh semua.

    BalasPadam
  7. Selain itu, sudikan aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada penulis blog Kg. Silou dan juga pembacanya.

    BalasPadam
  8. sesuailah ni supaya peniaga2 tidak mengambil kesempatan menaikkan barang waktu perayaan ni.

    BalasPadam
  9. pasti ada banyak tangkapan dalam 12 hari ni. pengguna perlu tahu hak mereka bila ada peniaga yang cuba mengenakan caj barang dengan harga yang mahal dari sepatutnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harus mematuhi peraturan kalau tidak memang la kena tangkap

      Padam
  10. baguslah ada kawalan harga di musim perayaan. diharap para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga

    BalasPadam
  11. Satu cara yang baik untuk mengawal harga barang menjelang pelbagai perayaan di Negara kita ini.

    BalasPadam
  12. Memang sudah dijangka. Kadang2 ada yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang2nya.

    BalasPadam
  13. Pengguna harus mengetahui barang2 yang dikawal harganya agar tidak menanggung kerugian.

    BalasPadam
  14. setiap kali musim perayaan pasti ada barang2 tertentu yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.. oleh itu memang patut kawalan harga barang ini dikuatkuasakan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barang sesuka hati dengan alasan stok terhad.. namun lagi bagus jika kawalan itu dibuat dari semasa ke semasa..

    BalasPadam