Pencuri ‘ditangkap’ komputer riba penuntut
LONDON: Polis berjaya menangkap seorang penjenayah selepas komputer riba dicurinya merakam imej lelaki terbabit tidur, selain mendedahkan lokasi dia berada.
Perbuatan Rastin Khalaji, 19, mencuri komputer riba itu terbongkar selepas pemiliknya seorang penuntut menghidupkan program pengesan pintar dalam alat berkenaan.
Perisian dikenali sebagai Prey itu menghantar e-mel kepada penuntut terbabit bagi memaklumkan lokasi komputer riba berkenaan.
Prey juga menghidupkan kamera yang ada pada alat itu dan merakamkan imej Rastin ketika dia lena di katil di sebelah komputer itu.
Polis menahan Rastin keesokan harinya dan menemui komputer riba serta pelbagai barang curi lain di rumah pemuda terbabit.
Semalam, mahkamah diberitahu, komputer riba berkenaan dicuri di Bristol pada 20 Ogos tahun lalu.
Tertuduh mengaku salah atas dua tuduhan memiliki barang curi dan diarah menjalani khidmat masyarakat selama 12 bulan, serta perintah berkurung daripada majistret Bristol.
Rupanya ada perisian seperti ini yang boleh membantu mencari Komputer Riba yang hilang ataupun dicuri.
BalasPadamThe wonder of technology of our times
BalasPadamnampaknya penuntut itu seorang yang pintar kerana ia berjaya menjejak pencuri tersebut.
BalasPadambagus juga ni ada pengesan pintar di komputer riba. senang mahu cari siapa pencurinya jika dicuri.
BalasPadamthis is the most outrageous news for today :-)
BalasPadamperisian tersebut sangat bagus dan terbukti ada gunanya.
BalasPadamWow! The software is so cool!
BalasPadammemang cangih.
BalasPadamcanggih oo..Baguslah kalau ada perisian seperti itu. Maka mudah kita untuk mengesannya.
BalasPadamlepas ni pasti ramai yang akan menggunakan perisian ini untuk tujuan keselamatan..
BalasPadam