Buku Jingga edisi Sabah perjuang 10 tuntutan rakyat
Buku Jingga edisi Sabah diperkenal dengan memuatkan 10 Perkara termasuk memulangkan semula blok minyak L dan M kepada negeri itu dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesai masalah kebanjiran pendatang asing.
- Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.
- Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.
- Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.
- Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.
- Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.
- Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.
- Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
- Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.
- Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.
- Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan