Jalan Ke Putrajaya Bukan Jalan Yang Mudah - Abdul Hadi
ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui hasrat pakatan pembangkang -- PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP -- untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 bukan satu tugas yang mudah.
Beliau berkata pakatan pembangang perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum itu kerana "jalan untuk ke Putrajaya sangat berliku dan bukan jalan yang mudah".
Abdul Hadi berkata walaupun impian itu dilaungkan berkali-kali, agak sukar bagi gabungan itu untuk mencapainya jika tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
"Kita mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam menuju ke Putrajaya tetapi jalan untuk ke sana sangat berliku dan penuh cabaran," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pula mengakui Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan dan tidak ada jaminan pakatan pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum nanti.
Beliau berkata mereka juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran daripada BN.
Sementara itu ketika ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya menumpukan kepada kes rasuah yang besar sahaja jika mereka berjaya membentuk kerajaan.
No, it won't be an easy quest for any parties to take over Putrajaya.
BalasPadamAt this point: Putrajaya is a fair game
PadamGood luck to all the parties that will be competing in the next GE. May the best party win.
BalasPadamThe choice is in the hand of the people....
Padammaka itu, perlunya usaha yang lebih, kesungguhan dan strategi yang teratur. persediaan pun kena buat seawal mungkin. buangkan rasa angkuh dan over-confident. nanti kalau tak berjaya, sekurang2nya sudah berusaha dan tidaklah frust sangat.
BalasPadammemang benar apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng. bukan mudah untuk menewaskan BN. apapun, kita nantikan PRU-13.
BalasPadamBaguslah, berpijak di bumi yang nyata. Tidak bagus over-confident.
BalasPadamCompete with clean way.
BalasPadamuntuk PR menawan putrajaya bukan mudah kerana BN terlalu kuat.
BalasPadamBN dilihat masih lagi kuat dan menerima sokongan.
BalasPadamBN dan PR pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya..biarlah rakyat yang tentukan keputusannya nanti.
BalasPadamNi pastinya mencabar kepada pihak pembangkang. Tapi parti kerajaan juga jangan goyah kaki, kena tingkatkan prestasik kerja dan kualiti.
BalasPadamRakyat adalah segalanya dalam PRU13. Pandai2lah setiap parti mengatur strategik.
BalasPadamItu sudah semestinya untuk menawan putrajaya bukan mudah dan perlu ada usaha dan Kerajaan BN juga tidak akan membiarkan PR merampasnya.
BalasPadamlagi PAS sukar melebarkan sayap jika masalah air di kelantan masih tidak mampu diselesaikan walaupun setelah mentadbir negeri itu lebih 20 tahun..
BalasPadamkalau tahu tugas menawan puterajaya itu adalah tugas yang sukar, jangan pula guna jalan pintas dengan membawa rakyat turun kejalan raya bagi menggulingkan kerajaan..
BalasPadamTidak perlu tawan jika ternyata bagus pasti automatik akan dapat duduk di putrajaya.
BalasPadamTunggu la sampai bila baru dapat menawan Putrajaya.
BalasPadam