Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion
KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).
Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya.
Semangat kejujuran ini wajar dicontohi, tidak menamakkan benda yang bukan kepunyaannya.
BalasPadamMurid-muridnya mesti rasa bangga kerana adanya guru seperti beliau.
BalasPadamsikap jujur perlu ada dalam diri kita, sesuatu yang bukan hak kita harus kita kembalikan.
BalasPadamdalam sekelip mata saja..
BalasPadamJadi kesudahannya bagaimana? Adakah wang tersebut betul2 milik individu itu?
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Kalau semua bersikap demikian lagi bagus rasanya.
BalasPadamKalau la betul semoga wang itu tidak digunakan selaras dengan keperluan dan bukannya kehendak. Selain itu menderma adalah satu amalan yang mulia jadi pertimbangkan untuk membahagi2kan wang tersebut kepada yang lebih memerlukan.
BalasPadamkalau orang yang tamak ni mesti diam2 saja dan gembira sebab tiba2 ada wang begitu banyak masuk dalam akaun bank.
BalasPadamjarang ada orang yang jujur dan amanah seperti guru ini.
BalasPadamWow! Well, he must be one in a million. Hard to find honest people nowadays.
BalasPadambeliau patut diberikan ganjaran bukan sahaja kerana kejujuran beliau malah sebagai galakkan kepada orang ramai untuk mencontohi beliau..
BalasPadam