Selasa, Januari 10, 2012

TIKAM RAKAN SENDIRI AKIBAT MABUK

Tikam penangan air setan

tikamRANAU: Akibat mabuk selepas meneguk minuman keras, seorang tukang kebun parah ditikam rakan sendiri dipercayai selepas berselisih faham sehingga berlaku pergaduhan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Nalapak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Daimain Ailing, 33, cedera di pinggang dan menerima rawatan di Hospital Ranau sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Sabah (SMC) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek serta beberapa rakan sekerja lain berhibur sambil minum minuman keras.

“Suspek dan mangsa yang mabuk tiba-tiba berselisih faham menyebabkan suspek berang sehingga berlaku pertengkaran.

“Rakan lain yang cuba campur tangan beranggapan pertelingkahan kedua-dua rakan mereka itu boleh diselesaikan apabila suspek tiba-tiba menghilangkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selang beberapa minit kemudian, suspek muncul dengan membawa pisau dipercayai diambil dari dapur lalu menikam mangsa.

image“Tusukan itu menyebabkan mangsa rebah dan berlumuran darah. Beberapa rakan mangsa yang melihat kejadian itu bergegas membawa mangsa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut manakala suspek menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditikam di pinggang dengan senjata tajam dipercayai pisau yang diperoleh dalam rumah berkenaan.

“Mangsa dirawat di SMC dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Polis mengesan dan menahan suspek pada hari kejadian selain menemui pisau digunakan untuk menikam mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu kini direman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

14 ulasan:

  1. Inilah akibat tidak mengawal penggunaan alkohol sehingga tidak jelas fikiran.

    BalasPadam
  2. Harap mangsa akan dirawat sehingga sembuh di SMC, nasib baik nyawanya tidak terkorban.

    BalasPadam
  3. Stop drinking Alcoholic drinks. It will effect your judgments thus leading to wreak-less actions.

    BalasPadam
  4. There should be an Alcoholic rehabilitation Centre here in Sabah

    BalasPadam
  5. alkohol memang tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. sebaiknya, hindarilah alkohol.

    BalasPadam
  6. bersedialah menerima hukuman. inilah padahnya bila meminum minuman keras.

    BalasPadam
  7. inilah keburukan minum minuman keras hingga mabuk, hilang pertimbangan diri.

    BalasPadam
  8. bila hilang pertimbangan diri macam-macam boleh berlaku.

    BalasPadam
  9. birlah pihak polis yng menyelesaikan kes ini.

    BalasPadam
  10. Inilah keburukan bila mabuk dan tidak dapat mengawal diri sendiri.

    BalasPadam
  11. It's not wrong to drink, but drink like a pro lah. If you drunk, go to sleep.

    BalasPadam
  12. Mabuk saja mahu gaduh. Jangan minumlah kalau tidak dapat kawal diri. Menyusahkan saja.

    BalasPadam
  13. Kalau sudah mabuk, tidur saja la. bikin susah saja.

    BalasPadam
  14. asal mabuk mau bergaduh.. bagus tidak payah minum la kalau sekadar mahu tunjuk hero.. saya rasa bagus setiap kampung ada balai polis dan klinik..

    BalasPadam