PARIT BUNTAR 14 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat itu.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menyerahkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk mencari penyelesaian terbaik termasuk mengenai masa depan syarikat projek lembu daging itu.
"Sebenarnya aset NFC memang sudah dibekukan. Saya sudah serah kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengkaji penyelesaian terbaik dalam soal NFC.
"Satu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang berjalan dan satu lagi mengenai masa depan NFC itu sendiri," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Padang Bandaran di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai perkembangan isu NFC yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO mula bercuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.
Dalam perkembangan sama, Najib menyifatkan keputusan Shahrizat itu sebagai tepat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan rapi.
"Saya telah berbincang dengan beliau dan keputusan itu tepat bagi membolehkan pihak berkuasa buat siasatan rapi. Shahrizat beritahu saya beliau sanggup disiasat sepenuhnya.
"Apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan yakni siasatan dari awal lagi. Maknanya sama ada dia sebagai seorang menteri terlibat dalam proses pemberian kepada kontrak itu," jelasnya.
Further investigations regarding the NFC should be carried out, its good that the assets are freeze in the mean time.
BalasPadamHope that the steps to resolve the NFC scandal will be revealed soon.
BalasPadamTrue...not only we can put this disastrous scandal can be put behind, but also serves as a lesson for the betterment of the future generation
PadamUntuk berlaku adil, sememangnya aset NFC perlu dibekukan.
BalasPadamsaya ragu2 Shahrizat akan tersenarai sebagai winnable candidate ataupun tidak pada PRU-13 nanti.
BalasPadamIsu NFC tidak akan timbul jika bukan suami SHarizat yang mendapat projek itu.
BalasPadammakin banyak kontroversi yang timbul di kalangan menteri2 dekat2 PRU ni. semoga semua ini akan selesai secepat mungkin.
BalasPadamThis would be interesting to see the development of this scandal
BalasPadamia dibekukan untuk memudahkan siasatan.
BalasPadamini dibuat bagi membantu siasatan. harap siasatan akan berjalan lancar.
BalasPadamtunggu saja siasatan selesai untuk mengetahui hasilnya nanti.
BalasPadamSiasatan rapi dan teliti harus dijalankan oleh SPRM. Jangan ada yang tercicir.
BalasPadamPembekuan itu wajar. Semoga dengan pembekuan itu pihak SPRM dapat menyiasat dengan lebih detail.
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Harap PM akan dapat jawapan sesusulan setelah pembekuan aset ini dilakukan.
BalasPadam