Ahad, Januari 15, 2012

OTAK LEMBU GAGAL DISELUDUP

Gagal bolos 190kg otak lembu

cow brain 2 KAHERAH 2012/01/15: Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah merampas 190 kilogram otak lembu beku kelmarin daripada tiga pelancong Sudan yang merancang menjualnya kepada restoran di Mesir, kata pihak berkuasa.

Pegawai memberitahu, ia adalah kali keempat minggu ini pegawai kastam gagalkan cubaan menyeludup otak lembu ke negara itu.

Sekali gus, ia menunjukkan adanya cubaan untuk mengeksploitasi skim mendapatkan wang dengan cara mudah berdasarkan prinsip bekalan dan permintaan antarabangsa. Selain itu, kejadian berkenaan mengesahkan bahawa otak lembu murah di Sudan dan rakyat Mesir suka memakan organ itu.

Nilai satu pound (0.453 gram) otak lembu mentah yang dibeli di Sudan pada harga tidak sampai satu dolar (RM3.1) boleh dijual di Mesir pada harga enam kali ganda lebih tinggi, kata pegawai.

Ia bermakna rampasan kelmarin itu membolehkan tiga lelaki berkenaan mendapat keuntungan lebih AS$1,500 (RM4,699).

Restoran yang menghidangkan hati dan otak haiwan popular di Mesir. Ia selalunya digoreng dan dimakan dengan roti pita dan sos merah pedas.

Pegawai lapangan terbang menemui otak itu kelmarin ketika memeriksa kotak pembeku besar yang dibawa masuk oleh pelancong berkenaan dalam penerbangan dari Khartoum.

Selepas memeriksa kotak itu, pegawai merampas otak kerana tidak dapat memastikan ia diawet dengan bersih. Otak itu akan dibakar, kata pegawai yang enggan dikenali.

Otak lembu turut popular dalam masakan di Perancis, Itali, El Salvador, Mexico, Portugal, Indonesia dan Amerika, dikenali sebagai ‘sesos’ dalam bahasa Sepanyol serta dimakan dalam hidangan ‘tacos’ dan ‘quesadillas’.

Apapun, amalan memakan otak lembu ketika ini amat berkurangan kerana kebimbangan jangkitan ‘Bovine spongiform encephalopathy’ atau turut dipanggil penyakit lembu gila (BSE). Penyakit itu, biasanya disebabkan orang ramai memakan organ haiwan yang ada penyakit.

15 ulasan:

  1. Those who wanted to go into the business to supply cows brain should follow the proper procedures.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm...a business venture that Sabahans can undertake; in a legal fashion of course. it'll be a crying shame to waste that part of the cow when there's a demand for it

      Padam
  2. Instead of smuggling, might as well turn this into a legal business. Since there is a great demand from Egyptian consumers.

    BalasPadam
  3. memakan organ2 utama haiwan memang tidak baik kerana ia merupakan tumpuan kuman & penyakit.

    BalasPadam
  4. sangat giat penyeludupan otak lembu ini ke Mesir ya. mungkin perlu ketatkan lagi penguatkuasaan dan beratkan lagi hukuman terhadap para penyeludup ini.

    BalasPadam
  5. It is weird to eat cow's brain.

    BalasPadam
  6. memakan otak lembu tak baik sgt.. nnti otak pun lembab mcm lembu.

    BalasPadam
  7. tidak sangka pula, otak lembu pun mahu diseludup dan ada yang suka makan otak lembu.

    BalasPadam
  8. Bagus. teruskan usaha membanteras kegiatan penyeludupan ni.

    BalasPadam
  9. Pihak kastam perlu sentiasa memperketatkan kawalan. Jangan penyeludup terlepas.

    BalasPadam
  10. Kalau permintaan banyak pasti ada khasiat dalam otak tersebut.

    BalasPadam
  11. biasanya produk yang sentiasa mempunyai permintaan besar dan menggalakkan akan sentiasa ada penawaran sekalipun ianya dilakukan secara haram atau tidak mematuhi undang2.

    BalasPadam
  12. hanya dengan adanya kawalan ketat di semua pintu masuk negara sahaja akan mampu menggagalkan aktiviti perniagaan haram ini..

    BalasPadam