Rabu, Disember 14, 2011

PARTI SUU KYI SERTAI SEMULA POLITIK MYANMAR

Parti Suu Kyi sertai semula politik Myanmar

image

Dec 14, 2011 YANGON - Pihak berkuasa Myanmar, semalam memberi lampu hijau kepada parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi untuk menyertai semula arena politik di negara itu, sekali gus membuka jalan kepada penerima Hadiah Nobel tersebut bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Akhbar New Light of Myanmar melaporkan keputusan itu diumumkan sejajar perubahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan baru di bawah pimpinan Thein Sein.

Dalam perkembangan terbaru, Suu Kyi yang dibebaskan daripada tahanan rumah tahun lalu, turut mengesahkan beliau bersetuju untuk bertanding dalam pilihan raya pada tahun hadapan.

Sebelum ini, status parti NLD sebagai sebuah parti sah di Myanmar telah dilucutkan oleh junta tentera selepas ia memilih untuk memboikot pilihan raya kerana mendakwa peraturannya tidak adil.

7 ulasan:

  1. All the best to Aung Saang Suu Kyi and her party.

    BalasPadam
  2. Ini pasti akan mengwujudkn persaingan kepada parti lain.

    BalasPadam
  3. Wanita yang penuh kontroversi. Good luck!

    BalasPadam
  4. pasti ini akan mewarnai lagi politk Myanmar.

    BalasPadam
  5. kalau beliau bertanding, pasti menang.. sebagai tokoh pejuang kebebasan Myanmar, sudah tentu beliau mempunyai pengaruh yang kuat di negara itu..

    BalasPadam
  6. Suu Kyi ni memang berpengaruh..tidak mustahil dia boleh menang jika bertanding dalam pilihan raya.

    BalasPadam
  7. Kita lihat sampai mana kebolehan Suu Kyi nanti.

    BalasPadam