Rabu, Disember 14, 2011

‘ORANG MINYAK’ DITANGKAP ALONG, WARGA ASING MILIK SYABU DIPENJARA

Orang minyak’ ditangkap oleh mangsanya ketika cuba mencuri

imagePELIK ... Tindakan lelaki berkelakuan pelik ini mencuri di kediaman mangsanya, berakhir setelah ditangkap oleh mangsanya sendiri.

TAWAU Dec 14, 2011: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.

Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.

“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.

Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.

Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.

Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.

-----------------------

Lelaki warga asing dipenjara 30 bulan miliki Syabu

LAHAD DATU 14th Dec 2011: Seorang lelaki warga asing dikenakan hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu di sini, pada Selasa selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis Syabu, Ogos lalu.

Hakim, Tuan Rajalingam Al. S.S. Maniam menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Edwin Mario,23, selepas berpuas hati dengan keterangan yang diketengahkan oleh pihak pendakwaan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Soffi Jalal dalam pendakwaannya berkata, tertuduh telah ditangkap pada 17 Ogos lalu, kira-kira jam 2.40 petang di pondok kosong di Kampung Panji oleh anggota polis Narkotik Lahad Datu.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan terhadap tertuduh, pihak polis telah menemui dadah jenis Methamphetamine berat bersih 3.80 gram dalam milikkan tertuduh.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Sek- syen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang bo- leh dihukum dibawah seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Hukuman penjara terha- dapnya berkuatkuasa bermula dari tarikh dia ditangkap dan mahkamah juga memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani tempoh hukuman.

8 ulasan:

  1. Nasib baik orang minyak ini berjaya ditangkap.

    BalasPadam
  2. Padan muka kena tangkap. Pergi la cari kerja yang halal. Berkaitan dengan warga asing lagi. Syabu merosakkan akhlak.

    BalasPadam
  3. padan muka kena tangkap, mencuri pun dgn cara pelik, entah waras ke tidk orang tu.

    BalasPadam
  4. Kotoh! Padan muka! Bikin panas orang2 macam ni

    BalasPadam
  5. apa dia rasa.. sudah la fail mencuri, kena belasah, kena tangkap dengan hanya memakai seluar dalam saja..

    BalasPadam
  6. pelik juga pencuri tersebut..kena tangkap baru tau.

    BalasPadam
  7. Kalau hukuman berat kepada pecah rumah pasti ramai yang takut melakukan kesalahan ini.

    bayausbh.blogspot.com

    BalasPadam
  8. ni bukan orang minyak , tapi taik minyak !

    BalasPadam