Penganalisa politik ramal Najib menang besar PRU 13
PETALING JAYA Dec 29, 2011: Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.
Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.
Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.
“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib.
“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”
Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.
Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.
`Tiada box office lagi’
Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.
Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.
“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.
Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.
Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.
Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.
It's difficult to tell for now, we should wait for the next GE.
BalasPadamThe votes will be determined by the people themselves, how they vote is a mystery until the ballots are counted.
BalasPadamWhatever it is, he will definitely will win.
BalasPadamCan't wait for the coming GE.
BalasPadamberdasarkan ramalan2 sebelum ini, rata2 meramalkan BN masih memerintah, cuma bezanya kerusi kemungkinan berkurang atau bertambah..
BalasPadamjika Najib menang, bukanlah disebabkan faktor beliau adalah PM baru, tetapi disebabkan oleh transformasi beliau..
BalasPadammacam2 ramalan telah dibuat mengenai PRU, ada mengatakan UMNO kalah dan kini mengatakan menang besar. apapun semua ini hnya ramalan dan ia bukan keputusan sebenar. kita nntilah sahaja PRU diadakan.
BalasPadamkepimpinan najib juga akan menentukan keputusan PRU.
BalasPadamMenang atau kalah kita masih belum pasti akan keputusannya. Tapi apa yang perlu adalah Datuk Najib perlulah memberikan yang terbaik untuk rakyat.
BalasPadamPM dilihat berusaha gigih untuk memenangi hati rakyat dengan melakukan pelbagai tranformasi dan pembangunan.
BalasPadamteruskan usaha untuk membwa pembangunan dan memenhi keperluan rakyat.
BalasPadamada ramalan yang membina dan ada ramalan yang menjatuhkan. sekiranya ramalam seperti ni tidak diusahakan keputusan yang akan diterima pasti mengecewakan. Jadi, tingkatkan prestasi jangan bergantung sangat dengan ramalan.
BalasPadambanyak sangat ramalan tentang PRU ni. kalau ramalan positif memang sangat melegakan dan menggembirakan seolah-olah ia benar2 akan berlaku. apapun, jangan sampai lupa kerana ia masih dalam bayangan dan imaginasi.
BalasPadamkalau sudah bersiap sedia dan sudah membuat yang terbaik untuk rakyat, tidak perlulah risau, pasti menang punya:)
BalasPadam