Selasa, Disember 20, 2011

BANGUNAN SK TUNGOU MUSNAH TERBAKAR

Bangunan SK Tungou musnah terbakar

MUSNAH ... Keadaan bangunan utama SK Tungou selepas kebakaran itu.

RANAU Dec 19, 2011: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungou, 21 kilometer dari pekan di sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 pagi kelmarin.

Para penduduk yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mereka menyedari kebakaran itu kira-kira jam 2.25 pagi setelah terlihat cahaya api menjulang memusnahkan salah satu blok bangunan kayu sekolah berasrama desa berkenaan yang menempatkan bilik guru dan pejabat guru besar bersebelahan dengan bilik peralatan ICT.

Sepasukan empat anggota bomba diketuai Joehan D Sibin dari Balai Bomba dan Penyelamat  Daerah Ranau tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 pagi selepas menerima panggilan daripada penduduk pada jam 2.48 pagi dan berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 30 minit.

Guru Besar SK Tungou, Jamri Suhamin yang tinggal di Kg Kimilohing tiba di sekolah itu pada jam 4.00 pagi selepas mendapat makluman menerusi telefon daripada penduduk kampung.

Menurutnya, bangunan kayu dan yang dibina pada tahun 1983 itu menempatkan pejabat guru besar, Urusetia Guru-Guru, bilik ICT,  Perfailan Dokumen 62 murid bersama peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) milik peribadi 16 guru dan dokumen tujuh kakitangan sokongan. Semuanya musnah dalam kejadian itu.

“Semua dokumen yang saya simpan dalam fail peribadi saya juga termasuklah Sijil Nikah, Sijil-Sijil Perkhidmatan, Sijil-Sijil Anugerah dan semua  dokumen pentadbiran turut musnah dalam kebakaran ini,” kata Jamri.

Beliau, bagaimanapun, bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang punca kebakaran dan jumlah kerugiannya masih dalam siasatan.

13 ulasan:

  1. Nasib baik tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian kebakaran ini. Harap bangunan baru untuk sekolah ini akan dibina semula.

    BalasPadam
  2. Penyiasatan lanjut mengenai punca kebakaran ini adalah diperlukan, harap pihak polis akan membuat apa yang perlu.

    BalasPadam
  3. apakah punca kebakaran tersebut? syukurlah ia tak melibatkan jiwa.

    BalasPadam
  4. harap disiasat pasal apa kebakaran. Nasib juga tiada korban nyawa. Harap kerajaan akan memberi bantuan dalam pembinaan semula sekolah.

    BalasPadam
  5. nampaknya banyak dokumen2 penting yang musnah memandangkan blok tersebut merupakan pejabat utama sekolah tersebut.

    BalasPadam
  6. dokumen2 seperti sijil nikah, sijil2 perkhdimatan tu pasti boleh diminta semula di jabatan2 yang berkenaan.

    BalasPadam
  7. Sekolah pula akan dibuka tidak lama lagi..tentu keadaan agak sukar bagi mereka untuk menguruskannya

    BalasPadam
  8. Diharap wakil rakyat dapat memberikan sedikit bantuan kepada sekolah ini.

    BalasPadam
  9. punca kebakaran harus disiasat agar pekara seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

    BalasPadam
  10. harap peruntukan akan dapat diberikan untuk memperbaiki kembali sekolah tersebut.

    BalasPadam
  11. siasat perkara ini.. mana tau ada unsur2 jenayah..

    BalasPadam
  12. dokumen yang musnah boleh ditukar ganti, nyawa hilang tidak ada pengganti.. saya harap selepas ini kerajaan menggantikan semua bangunan sekolah berasaskan papan kepada bangunan konkrit..

    BalasPadam
  13. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporankan dalam kebakaran sekolah ini. Maka kita mengharapkan perkara ini perlu disiasat.

    BalasPadam