Bangunan SK Tungou musnah terbakar
MUSNAH ... Keadaan bangunan utama SK Tungou selepas kebakaran itu.
RANAU Dec 19, 2011: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungou, 21 kilometer dari pekan di sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 pagi kelmarin.
Para penduduk yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mereka menyedari kebakaran itu kira-kira jam 2.25 pagi setelah terlihat cahaya api menjulang memusnahkan salah satu blok bangunan kayu sekolah berasrama desa berkenaan yang menempatkan bilik guru dan pejabat guru besar bersebelahan dengan bilik peralatan ICT.
Sepasukan empat anggota bomba diketuai Joehan D Sibin dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 pagi selepas menerima panggilan daripada penduduk pada jam 2.48 pagi dan berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 30 minit.
Guru Besar SK Tungou, Jamri Suhamin yang tinggal di Kg Kimilohing tiba di sekolah itu pada jam 4.00 pagi selepas mendapat makluman menerusi telefon daripada penduduk kampung.
Menurutnya, bangunan kayu dan yang dibina pada tahun 1983 itu menempatkan pejabat guru besar, Urusetia Guru-Guru, bilik ICT, Perfailan Dokumen 62 murid bersama peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) milik peribadi 16 guru dan dokumen tujuh kakitangan sokongan. Semuanya musnah dalam kejadian itu.
“Semua dokumen yang saya simpan dalam fail peribadi saya juga termasuklah Sijil Nikah, Sijil-Sijil Perkhidmatan, Sijil-Sijil Anugerah dan semua dokumen pentadbiran turut musnah dalam kebakaran ini,” kata Jamri.
Beliau, bagaimanapun, bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang punca kebakaran dan jumlah kerugiannya masih dalam siasatan.
Nasib baik tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian kebakaran ini. Harap bangunan baru untuk sekolah ini akan dibina semula.
BalasPadamPenyiasatan lanjut mengenai punca kebakaran ini adalah diperlukan, harap pihak polis akan membuat apa yang perlu.
BalasPadamapakah punca kebakaran tersebut? syukurlah ia tak melibatkan jiwa.
BalasPadamharap disiasat pasal apa kebakaran. Nasib juga tiada korban nyawa. Harap kerajaan akan memberi bantuan dalam pembinaan semula sekolah.
BalasPadamnampaknya banyak dokumen2 penting yang musnah memandangkan blok tersebut merupakan pejabat utama sekolah tersebut.
BalasPadamdokumen2 seperti sijil nikah, sijil2 perkhdimatan tu pasti boleh diminta semula di jabatan2 yang berkenaan.
BalasPadamSekolah pula akan dibuka tidak lama lagi..tentu keadaan agak sukar bagi mereka untuk menguruskannya
BalasPadamDiharap wakil rakyat dapat memberikan sedikit bantuan kepada sekolah ini.
BalasPadampunca kebakaran harus disiasat agar pekara seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
BalasPadamharap peruntukan akan dapat diberikan untuk memperbaiki kembali sekolah tersebut.
BalasPadamsiasat perkara ini.. mana tau ada unsur2 jenayah..
BalasPadamdokumen yang musnah boleh ditukar ganti, nyawa hilang tidak ada pengganti.. saya harap selepas ini kerajaan menggantikan semua bangunan sekolah berasaskan papan kepada bangunan konkrit..
BalasPadamTidak ada kemalangan jiwa dilaporankan dalam kebakaran sekolah ini. Maka kita mengharapkan perkara ini perlu disiasat.
BalasPadam