Rabu, Disember 07, 2011

AKTIVITI SAMPINGAN WARGA ASING BUNUH, PUKUL, EDAR DADAH & BUAT DOKUMEN PALSU ?

Maut dihentak tukul besi

imageANGGOTA polis mengangkat mayat Asyaraf yang mati dibunuh dipercayai rakan serumahnya di George Town,Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Pertelingkahan antara dua rakan serumah warga Myanmar sejak beberapa hari lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang mereka mati selepas kepala mangsa dihentak dengan tukul besi hingga mengakibatkan tengkorak kepalanya hampir pecah semalam.

Selain itu, kejadian pukul 11.30 pagi itu turut mengakibatkan telinga kanan Asyaraf Ali, 32, hampir putus selepas dikerjakan cukup-cukup oleh rakannya dikenali sebagai Basyar, 27. Dia telah melarikan diri selepas disyaki melakukan pembunuhan tersebut.

Kejadian di sebuah rumah kosong di Jalan Lengkok 2, Relau di sini itu disedari oleh sekumpulan rakan sekerja mangsa. Rumah itu terletak di kawasan kediaman yang dalam proses pembinaan.

--------

Polis patahkan cubaan bawa dadah ke luar negara

07/12/2011 : POLIS berjaya mematahkan satu cubaan membawa dadah keluar negara dengan tertangkapnya empat lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut sumber polis, mereka yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa ditahan bersama sejumlah dadah berhampiran sebuah kondominium di Kinrara, Puchong pada 8.30 malam.

Menurutnya dadah seberat 1.7 kg dipercayai jenis kokain itu disembunyikan di dalam sebuah beg pakaian yang dibawa oleh wanita berkenaan, yang dipercayai akan dijadikan sebagai keldai dadah, yang akan menaiki pesawat ke luar negara malam tadi.

-------------

‘Raja klon’ masuk lokap

PUTRAJAYA: Dua lelaki warga Myanmar layak digelar ‘raja klon’ apabila memalsukan pelbagai jenis pasport dan dokumen perjalanan dari pelbagai negara yang 90 peratus hampir menyamai dokumen asal.

Dengan menggunakan teknologi canggih yang diubah suai, mereka hanya memerlukan masa kurang dua minit untuk memalsukan dokumen sebelum dijual kepada pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Antara dokumen yang dipalsukan ialah, pasport Malaysia dan asing , MyKad, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan lesen memandu.

“Kejayaan ini adalah yang terbesar bagi tahun ini dan kami memandang serius kes ini berikutan kemampuan mereka meniru hampir 90 peratus ciri keselamatan yang ada pada setiap dokumen perjalanan.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket ini turut membeli pasport tulen Malaysia, Mykad dan kad UNHCR daripada kumpulan sindiket lain sebelum dipalsukan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Zamberi berkata, pihaknya turut menemui pelbagai dokumen palsu termasuk 93 cop Imigresen Malaysia dan Imigresen Myanmar, 20 keping pelekat visa Malaysia, 61 keping kad UNHCR, pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta peralatan memprosesnya seperti kertas stiker keselamatan, mesin pencetak, komputer dan empat telefon bimbit dipercayai milik suspek.

“Kami masih mengesan seorang lagi rakan suspek dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kejadian ini.

“Kedua-dua suspek terbabit ditahan di lokap JIM Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 12(1)(f) Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya warga asing supaya elakkan daripada berurusan dengan orang tengah dan berhubung terus dengan JIM.

-------------

Awang Hitam belasah drebar teksi

KUALA LUMPUR: Dua Awang Hitam bukan saja enggan membayar tambang teksi dijanjikan, malah turut membelasah pemandu teksi yang mereka naiki dalam kejadian di Jalan Hartamas 1, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Afendy, 29, mulanya menerima panggilan daripada pusat panggilan teksi untuk mengambil penumpang di Segambut.

Menurutnya, sebaik tiba, empat penumpang iaitu dua lelaki Afrika bersama dua wanita Eropah menaiki teksinya.

Katanya, dia diminta menghantar mereka ke Hartamas Regency 2 dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, seorang daripada wanita berkenaan turun manakala tiga lagi penumpang termasuk dua lelaki Afrika itu meminta meneruskan perjalanan ke Jalan Hartamas 1.

“Selepas tiba, seorang lagi penumpang wanita turun dan apabila ditanyakan kepada penumpang lelaki, mereka meminta saya menghantar mereka ke Damansara Heights pula.

“Saya menghubungi pusat panggilan semula dan terkejut apabila dimaklumkan penumpang berkenaan hanya memaklumkan mahu ke satu destinasi iaitu Bukit Kiara,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

15 ulasan:

  1. Harap masalah jenayah dalam negara kita boleh dikurangkan supaya keselamatan rakyat dijaga.

    BalasPadam
  2. Banyaknya jenayah yang timbul disebabkan warga asing.

    BalasPadam
  3. warga asing ni makin menjadi jadi dalam melakukan jenayah.

    BalasPadam
  4. semua kes2 jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini patut dihantar terus ke alamat kementerian dalam negeri..

    BalasPadam
  5. macam mana sekalipun, saya ucapkan tahniah kepada pihak polis atas kesungguhan mereka membanteras jenayah di negara ini..

    BalasPadam
  6. Warga asing ni suka sangat buat masalah. Jangan bagi mereka masuk negara ini sewenang-wenangnya.

    BalasPadam
  7. Asal dengar warga asing atau PATI, perkara utama yang timbul ialah jenayah. Mereka ini hanya memberikan imej yang negatif.

    BalasPadam
  8. sudah banyak kes yang kita dengar dilakukan oleh warga asing. pekara ini harus dibanteras.

    BalasPadam
  9. oleh itu, usaha untuk mengurangkan jumlah warga asing perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa.

    BalasPadam
  10. semakin menjadi-jadi pula warga asing di negara ni. macam2 kemahiran yang mereka ada.

    BalasPadam
  11. negara kita semakin tidak selamat ni. memang patut laksanakan penguatkuasaan yang lagi ketat, dan pengambilan pekerja asing perlu dikurangkan. kalau boleh buat pelbagai tapisan untuk melayakkan mereka memasuki negara ni sebagai pekerja.

    BalasPadam
  12. Inilah warga asing ini. Sungguh merbahaya..

    BalasPadam
  13. HArap kemasukan warga asing ini perlulah ditapis. Mereka yang mempunyai kes di Negara mereka tidak boleh masuk ke Malaysia.

    BalasPadam
  14. rasanya bukan aktivit sampingan tapi yang utama.

    BalasPadam
  15. kegiatan yang tidak asing lagi bagi PATI. bikin panas!!!

    BalasPadam