Rabu, Disember 07, 2011

SEEKOR LEMBU CUKUP UNTUK 4,000 ORANG MAKAN…

image---------------- Gambar Hiasan --------------------

4,000 orang boleh makan

KUALA TERENGGANU: “Lembu ini kuat makan dan saya perlu menyediakan 20 kilogram (kg) rumput jenis napier serta lima kg dedak setiap hari untuk makanannya,” kata Yusof Mohammad, 39, pemilik seekor lembu yang mempunyai berat satu tan dan ketinggian 1.75 meter ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gemuroh, Tepoh, di sini, semalam.

Menurutnya, lembu kacukan Bali dan Brahman berusia lapan tahun itu diberikan vitamin A, D dan E bagi memastikan penglihatan, pencernaan kalsium, otot dan fungsi proses pembiakannya berada dalam keadaan baik.

“Saya membeli lembu ini daripada seorang penternak di Kampung Buloh, Setiu, Ogos lalu, dengan harga RM6,000 kerana tertarik dengan fizikal haiwan ini yang besar dan berbeza berbanding lembu biasa.

“Secara kebetulan, saya juga penternak lembu sejak 20 tahun lalu dan ini kali pertama saya jumpa lembu sebesar ini.

“Tertarik dengan fizikal lembu itu, saya tidak berfikir panjang untuk membelinya,” katanya yang memberitahu dia kali pertama melihat lembu berkenaan ketika menangkap kerbau liar di kampung terbabit, Ogos lalu.

Yusof berkata, dia membelanjakan RM200 sebulan bagi membeli dedak dan vitamin untuk lembu berkenaan.

“Kosnya tidak tinggi kerana saya menanam sendiri rumput jenis napier untuk ternakan lembu dan kerbau milik saya yang lain,” katanya yang memiliki 20 lembu dan 90 kerbau.

Menurutnya, seorang tukang masak pernah memberitahunya jika lembu berkenaan disembelih untuk majlis kenduri, dagingnya boleh disajikan untuk 4,000 orang dan perlu dimasak menggunakan 10 kawah kerana terlalu banyak.

“Setakat ini, saya tidak bercadang untuk menjualnya walaupun pernah ditawarkan RM11,000 seorang individu yang berminat membelinya menjelang Aidiladha lalu. “Saya sayang untuk menjualnya kerana mahu mempunyai sesuatu yang menarik dan unik untuk dipandang di kandang saya,” katanya.

9 ulasan:

  1. Janganlah sembelih lembu ini, sayang betul.

    BalasPadam
  2. boleh makan sampai 4000 orang, mmg besar lembu tersebut.

    BalasPadam
  3. daripada sekadar menjadikannya sebagai bahan tarikan, baik carikan lembu itu pasangan dan mulakan proses pembiakan..

    BalasPadam
  4. Bagaimanalah keadaan fizikal lembu tu sebenarnya? Lembu ini seakan-akan unik pula.

    BalasPadam
  5. Seekor lembu NFC boleh cukup untuk berapa orang makan kira-kiranya. Setuju dengan villager. Lebih baik lembu itu dibiakkan.

    BalasPadam
  6. jika boleh sampai 4000 orang makan, maksudnya saiz lembu ini jauh lebih besar daripada lembu biasa.

    BalasPadam
  7. kenapa tiba2 keluar lembu2 ni? sindir isu NFC ke??

    BalasPadam
  8. besar juga lembu ni. macam lembu obesiti pula:)

    BalasPadam
  9. Besar juga lembu sampai boleh makan 4000 orang..

    BalasPadam