Ahad, November 20, 2011

BORNEO AIRLINES SYSTEM - BEST ?

Sabah, Sarawak Perlukan Syarikat Penerbangan Wilayah

image KOTA KINABLU, 120Nov (Bernama) -- Sabah mencadangkan sebuah syarikat penerbangan wilayah yang baru ditubuhkan untuk memenuhi keperluan penumpang yang meningkat di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata syarikat penerbangan baru itu penting untuk memenuhi permintaan penumpang yang meningkat bagi penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Ketika berucap pada Anugerah Pelancongan Sabah 2011 di sini sabtu malam, katanya jumlah kedatangan pelancong di Sabah menunjukkan pertumbuhan positif daripada pelbagai sektor yang bermakna ada keperluan untuk meningkatkan frekuensi penerbangan antara Sabah dan destinasi lain.

"Saya ingin mengumumkan bahawa sasaran kementerian negeri 2.63 juta kedatangan pelancong untuk tahun ini dapat dicapai.

"Buat pertama kali, kita telah capai pertumbuhan sebanyak 15 peratus dari Januari hingga September tahun ini," kata beliau.

Sementara itu, Anugerah Khas Menteri dimenangi porter Gunung Kinabalu yang terdiri daripada penduduk Kundasang, atlet veteran Sabah yang memainkan peranan penting sebagai pengarah Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Datuk Balwant Singh Kler dan TVB Hong Kong yang memainkan peranan utama dalam mempromosikan Sabah di luar negara.

AirAsia memenangi kategori penerbangan terbaik sementara Malaysia Airlines (MAS) di Hong Kong dan Royal Brunei Airline masing-masing memenangi stesen penerbangan terbaik dan anugerah syarikat penerbangan asing terbaik.

Shangri-La's Rasa Ria Resort, Tuaran memenangi Anugerah Hotel Cemerlang dalam kategori lima bintang sementara Abai Jungle Lodge, Kinabatangan dan Misompuru Homestay, Kudat masing-masing memenangi kategori penginapan semulajadi dan inap desa terbaik.

--------------------

Borneo Airways

Borneo Airways Limited adalah Syarikat Penerbangan bagi Wilayah Koloni British Borneo (merangkumi Sarawak,Borneo Utara (Sabah) dan Brunei Darussalam). Operasi Syarikat tersebut telah diambil-alih oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysian Airways Limited) pada 1965,dan membawa kepada penubuhan Penerbangan Malaysia-Singapura (MSA;Malaysia-Singapore Airlines).

image image

imageBorneo Airways Ltd. pilot's badge; crest on right and left wing; relief of cresent moon and palm tree depicted in center of badge.

image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan