Rabu, November 30, 2011

PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM500 MULAI 10 DISEMBAR 2011, BAYARAN MULAI PERTENGAHAN JANUARI 2012 KEPADA YANG LAYAK

Pendaftaran Permohonan Bantuan Tunai RM500 Mulai 10 Dis Selama Sebulan

image KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.

Menurut Ahmad Husni bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi

  • individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan;
  • dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.

14 ulasan:

  1. Hope that those who are qualified for the loans will get approved.

    BalasPadam
  2. This RM500 aids can help reduce burdens to those who really need it.

    BalasPadam
  3. pasti masih ramai ketua isi rumah di kawasan2 pedalaman yang tidak tahu wujudnya bantuan seperti ini dan bagaimana untuk memohon bantuan tersebut. saya harap ada pihak yang perihatin akan menyampaikan maklumat ini atau membantu ketua isu rumah untuk mendapatkan bantuan tersebut.

    BalasPadam
  4. kalau boleh permudahkan urusan permohonan bantuan ini supaya ketua isi rumah tidak perlu berulang-alik ke jabatan berhampiran..

    BalasPadam
  5. sesiapa yang layak memohon bantuan tersebut harus memohon segera.

    BalasPadam
  6. dgn adanya bantuan tersebut, harap ia dpt meringankan beban rakyat.

    BalasPadam
  7. bagi mereka yang layak memohon bolehlah membuat permohonan tersebut.

    BalasPadam
  8. harap semuanya berjalan lancar agar dapat membantu meringankan beban rakyat.

    BalasPadam
  9. baguslah kalau kerajaan tunaikan apa yang sudah dijanjikan sebelum PRU.

    BalasPadam
  10. semoga yang dapat bantuan ini merupakan mereka2 yang benar2 layak. pastikan tiada yang memberikan maklumat diri yang palsu.

    BalasPadam
  11. Diharap tiada yang menipu data diri mereka semata-mata untuk dapatkan bantuan ini.

    BalasPadam
  12. Is this aid will be given only for once a year?

    BalasPadam
  13. Harap tapisan akan dibuat untuk permohonan ini. Pastikan mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerimanya.

    BalasPadam
  14. Mari ramai-ramai pergi mendaftar..Tapi pastikan syarat yang ditetapkan ada kepada mereka yang mendaftar.

    BalasPadam