-------------------------------------
JPN dan PDRM kemas kini daftar kematian mulai Dis
KUALA LUMPUR 13th Nov 2011: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguruskan daftar kematian rakyat Malaysia bermula Disember ini bagi memudahkan lagi proses mengemas kini daftar pemilih pilihan raya.
Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said, berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam memaklumkan bahawa perkara itu berkuat kuasa mulai 1 Dis ini.
“Apabila pemaklum memohon permit mengubur daripada pihak PDRM, permit itu akan disatukan dengan daftar kematian JPN dan ia dihubungkan terus ke pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di sini, kelmarin.
Beliau menjelaskan sebelum ini, pewaris perlu melaporkan masing-masing kepada PDRM dan JPN bagi melaporkan kematian dan undang-undang tidak me- maksa untuk laporan itu dibuat.
Sementara itu, Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memaklumkan bahawa sehingga kini, hanya 1,784 rakyat Malaysia di luar negara yang mendaftar sebagai pengundi.
Namun, PSC akan mengkaji perkara itu yang menurutnya mungkin akibat kekurangan promosi mendaftar sebagai pengundi.
Usaha ini akan berkesan mengesan jumlah kematian yang betul jika tidak ada yang terselindung disebalik usaha ini.
BalasPadamRakyat yang belum lagi mendaftar untuk mengundi, pergilah mendaftar bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.
BalasPadamHarap JPN, PDRM dan SPR akan menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sebelum PRU-13.
BalasPadamHarap masalah pengundi hantu tidak akan berlaku lagi dalam PRU kali ini.
BalasPadamGood. Walk the talk.
BalasPadamini diharap akan memudahkan lagi proses mengemas kini daftar pemilih pilihan raya.
BalasPadamharap Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan dapat manambahbaik sistem pilihanraya yang sedia ada.
BalasPadamBaguslah kalau ada usaha untuk kemaskini senarai nama pengundi.
BalasPadamlaksanakan apa2 sahaja yang berkaitan dengan mengemaskini daftar pemilih.. proses mengemaskini patut dilakukan setiap masa..
BalasPadamselain itu, SPR juga patut melakukan perubahan atau penambahbaikkan sesuai dengan tuntutan pelbagai pihak terutamanya dipihak pembangkang..
BalasPadamkenapa sekarang baru mengemaskini daftar kematian? bukankah ia perlu dikemaskini setiap masa?
BalasPadambaguslah...satu persediaan untuk menghadapi PRU. harap PRU-13 dapat dijalankan dengan bersih dan adil.
BalasPadamTeruskan usaha untuk membuat kajian.. Harap PSC akan dapat jawapan untuk menambah baik mutu Pilihanraya.
BalasPadamperkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi.
BalasPadam