Ahad, Oktober 09, 2011

“... .SAYA AKAN MELAKUKAN SATU PERBUATAN MEMBUNUH DIRI DARI SEGI POLITIK KALAU SAYA BUAT, … SATU BAJET YANG TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN," - NAJIB

Kerajaan Persekutuan Mampu Laksana Belanjawan 2012 : Najib

imageRAWANG Oktober 8, 2011: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini Sabtu. Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.

Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.

 "Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat.

----

13 ulasan:

  1. Tidak perlu sampai bunuh diri, cuma perlu berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan bajet yang dirancang itu.

    BalasPadam
  2. Harap bajet yang dibentangkan itu dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

    BalasPadam
  3. bajet tersebut dibentangkan berdasarkan kewangan negara, ia pasti dpt dilaksanakan.

    BalasPadam
  4. baguslah jika bajet tersebut mampu dilaksanakan..

    BalasPadam
  5. harap apa yang dirancang akan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

    BalasPadam
  6. Hope to see positive outcomes from this 2012 budget.

    BalasPadam
  7. kewangan negara begitu baik sehingga dapat menyediakan bajet yang begitu besar.

    BalasPadam
  8. Kalau kewangan tak cukup, takkan nak rancang sesuatu yang diluar kemampuan? Tentu sudah diteliti bajet sebaik mungkin sebelum ia dibentang.

    BalasPadam
  9. ada saja yang tidak memuaskan hati pihak pembangkang.

    BalasPadam
  10. Baguslah kalau benar Kerajaan persekutuan boleh melakukannya.

    BalasPadam
  11. Kerajaan perlu juga memikirkan akan hutang negara. Jangan biarkan hutang semakin bertambah.

    BalasPadam
  12. "Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya."

    nampak sangat pemimpin2 pembangkang terdesak mempolitikkan bajet 2012 kerajaan.. dia yang cadangkan, kemudian dia juga yang bantah..

    BalasPadam
  13. lain kali pemimpin2 pembangkang perlu berhati2 sebelum membuat kenyataan media.. jangan sampai terludah muka sendiri..

    BalasPadam