Sabtu, Oktober 29, 2011

LGM HASILKAN MESIN BANTU PENOREH GETAH

LGM hasilkan mesin bantu penoreh

DR. Salmiah Ahmad (kanan) melihat mesin menoreh getah ARTS sambil diberi penerangan oleh Ketua Unit Reka Bentuk Produk, Dr. Nazirah Ahmad (kiri) dan pegawai penyelidik Lee Jiang Joon (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Lembaga Getah Malaysia (LGM) melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan mesin Sistem Toreh Getah Automatik (ARTS) yang pertama di dunia bagi memudahkan dan menjimatkan masa menoreh.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Salmiah Ahmad berkata, ARTS bakal meningkatkan produktiviti industri getah negara dengan memudahkan proses penorehan dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Dengan ARTS, pekebun kecil boleh menentukan pukul berapa pokok getah perlu ditoreh, dikumpulkan dan terus dihantar ke pusat pengumpulan getah berhampiran.

"Bagi penyelenggaraan, pekebun kecil hanya perlu mengecas bateri dan pisau torehan setiap enam bulan sekali," katanya pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS 2011) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, biasanya seseorang penoreh akan mengusahakan empat hektar kebun getah dengan kekerapan menoreh dua hari sekali.

Bagaimanapun, dengan ARTS, pekebun boleh menoreh setiap hari dengan hanya menetapkan masanya.

Salmiah berkata, kelebihan ARTS ialah mampu menghasilkan susu getah tulen tanpa sebarang pencemaran kerana sistem automatik yang tertutup.

Selain itu, katanya, ARTS amat sesuai digunakan di kebun getah di kawasan berbukit kerana pengumpulan susu getah akan lebih mudah mengikut aliran graviti.

ARTS dihasilkan menerusi kerjasama antara LGM dengan syarikat inovasi terkenal, Zull Design Autotronic dan telah pun dipatenkan serta sedang diuji di ladang LGM Sungai Buloh.

Salmiah berharap ARTS akan digunakan bukan sahaja oleh pekebun kecil tempatan bahkan di negara pengeluar getah lain seperti Indonesia dan Thailand.

20 ulasan:

  1. mesin ini akan dapat membantu memudahkan proses menoreh getah..

    BalasPadam
  2. teknologi ini juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kemajuan yang dicapai dalam industri ini.

    BalasPadam
  3. pastikan juga harga bagi setiap mesin ini dalam lingkungan mampu dimiliki oleh pekebun2 kecil..

    BalasPadam
  4. Semakin hari semakin canggih, dan semua akan menggunakan mesin tanpa tenaga manusia.

    BalasPadam
  5. apa2pun, tahniah dan teruskan melakukan improvement..

    BalasPadam
  6. Kenapa harus mencipta peralatan yang akan menyebabkan kita malas? tidak ada sebab untuk kita menggantikan kerja2 menoreh dengan mesin ini.

    BalasPadam
  7. Mesin ini nanti kena supply kepada penoreh atau penoreh itu sendiri kena beli mesin ini?

    BalasPadam
  8. At least this will ease the rubber tappers work.

    BalasPadam
  9. If the government was willing to subsidies the rubber tappers by providing them with these machinery, that will help increase their production.

    BalasPadam
  10. dgn adanya mesin ini, pasti ia akan memudahkan dan mempercepatkan kerja2 menoreh.

    BalasPadam
  11. Hope that everything will go smoothly as planned.

    BalasPadam
  12. dgn ini pasti industri getah negara akan makin berkembang.

    BalasPadam
  13. lepas ni penoreh getah tak perlu bangun awal untuk menoreh getah kalau sudah ada mesin ini. lagi satu, penoreh getah kena cari kerja lain.

    BalasPadam
  14. saya rasa tidak ramai juga pekerja asing yang terlibat dalam industri getah. yang paling ramai dalam ladang kelapa sawit. lagipun kebanyakan penduduk menanam untuk mereka usahakan sendiri malah ada juga penduduk yang tidak mempunyai ladang getah hingga sanggup untuk bekerja di ladang getah orang lain.

    BalasPadam
  15. tahniah dengan produk baru untuk penoreh itu. Tapi ini akan mengambil kos yang tinggi untuk setiap satu pokok.

    BalasPadam
  16. Nampaknya LGM berusaha untuk membantu memudahkan kerja penoreh getah. Harap ciptaan baru ini akan dapat membantu para penoreh.

    BalasPadam
  17. kna guna stu pokok 1 brpa kos dah mna mampu

    BalasPadam
  18. teknologi dicipta tp setakat ni belum pn dijual ertinya tidak praktikal...

    BalasPadam
  19. Resiko dicuri macam mana.. And tahan hujan ke mesin ni

    BalasPadam
  20. Terbaik...nak oder satu..
    letih lah pakai manual...saya amat berharap sekali..semoga saya bisa memiliki nya

    BalasPadam