Jumaat, September 09, 2011

TINDAKAN TELCO KENAKAN CAJ 6% TAMBAH NILAI PERLU DI BANTAH KERANA MEMBEBANKAN PENGGUNA

Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,"

katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

----

Ramai bantah cukai 6 peratus

7 ulasan:

  1. masukkan saja cukai itu ke dalam kos syarikat.. bukannya syarikat telco tidak dapat untung..

    BalasPadam
  2. kalau sebelum ini syarikat telco boleh serap cukai 5%, takkan la kali ini tidak boleh.. atau sudah tiba masanya syarikat telco mahu dapat untung besar?? ada baiknya semua syarikat telco di malaysia lihat dulu qualiti perkhidmatan masing2 sebelum mengalihkan beban itu kepada pengguna..

    BalasPadam
  3. saya pasti semua pengguna2 prabayar tidak berpuas hati dengan tindakan telco mengenakan caj tersebut. diharap surat bantahan yang dibuat oleh Perbit akan mendapat respon yang positif.

    BalasPadam
  4. sudah terlalu banyak kenaikan2 yang berlaku dalam tahun ini. harap kerajaan dapat campurtangan dalam hal ini kerana kenaikan2 yang berlaku dalam barangan dan perkhidmatan begitu membebankan rakyat.

    BalasPadam
  5. Betul, kenaikan Caj ini perlulah dibantah, kenaikan harga barangan sudah cukup membebankan.

    BalasPadam
  6. Harap kerajaan akan tolong mensekat kenaikan caj ini seperti apa yang dilakukan oleh Rais Yatim berkaitan dengan kenaikan caj Astro sebelum ini.

    BalasPadam
  7. Kita tidak tahu apa motif sebenar kenaikkan ini berlaku. Jadi kita mengharapkan sangat penjelasan dapat diberikan. Sedangkan jika kita lihat sendiri Telco itu sendiri sudah pun sedia untung dengan sokongan dari para pengguna. Inilah masalah kalau mahu untung lebih menyebabkan bebanan untuk rakyat.

    BalasPadam