Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia
Nurul Atikah Bazilah Samsudin menjawab panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di rumahnya di Kamunting, Perak pada 19 Ogos lepas. Dia meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam. 10 Sept. 2011.
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam.
Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.
Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.
Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak.
Takziah kepada keluarga adik Nurul Atikah.
BalasPadamImpiannya untuk berbual dengan PM sudah tercapai. mungkin itu salah satu yang menjadikannya bersemangat walaupun menghidapi penyakit yang kronik. semoga keluarga Nurul Atikah tabah dan sabar menghadapi pemergiannya.
BalasPadamtakziah kepada kelaurga Nurul, kita sama2 doakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
BalasPadamtakziah kepada keluarga Nurul Atikah Bazilah Samsudin..semoga rohnya dicucuri rahmat..
BalasPadamTakziah kepada keluarganya. Semoga rohnya pergi dengan aman.
BalasPadamImpian arwah adik nurul ter capai akhirnya sebelum meninggal dunia. Apa pun takziah kepada keluarnya.
BalasPadamtakziah kepada keluarga Nurul dan tahniah kepada PM kerana berjaya menunjukkan ciri2 seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..
BalasPadam