SPR Sedia Kemudahan Muat Turun Borang Pendaftaran Pemilih
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai Selasa menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih atau Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
"Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,"
katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.
Hope that citizen who had reached voting age will register themselves as voter.
BalasPadamVoting is our rights as citizens, it is also our responsibility. Hope that people who had not registered will do so before the next GE.
BalasPadamborang pendaftaran boleh didapati dgn mudah.
BalasPadamsesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi lebih baik mendaftar segera.
bagi mereka yang layak tapi belum mendaftar, mendaftarlah..ini merupakan tanggungjawab...
BalasPadamakhirnya borang itu dihantar ke kaunter2 pendaftaran.. jadi lebih baik buat pendaftaran terus di kaunter2 pendaftaran.. rasanya ini bukanlah satu perubahan yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia.. apa2pun semoga SPR mampu mendapatkan kembali kepercayaan rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.
BalasPadamsaya lebih suka jika SPR dapat melaksanakan pendaftaran secara automatik.. dapat jimat kos, tenaga dan masa..
BalasPadampasti ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih. semoga mereka menggunakan saluran2 yang ada untuk berbuat demikian.
BalasPadammendaftar secara online? mungkin lebih mudah dan cepat.
BalasPadamSetuju dengan villager. Bukan perubahan atau pendekatan seperti ini yang dikehendaki. Bersihkan senarai pengundi hantu dan mantapkan sistem SPR.
BalasPadamDaftar online? Mungkin lebih mudah kan. Tapi semakin canggih, semakin senang dimanipulasi juga. Hmm..
BalasPadamlebih baik pergi terus ke kaunter pendaftaran. Biar rumit janji bersih dari segala penipuan.
BalasPadamSPR mencuba untuk lebih memudahkan para pendaftar pemilih untuk mendaftar. Borang hanya perlu di muat turun di laman web SPR.
BalasPadam