RAMPAS...Inspektor Jakariya Jupakal menunjukkan senapang tiruan yang menyerupai AK47 sambil diperhatikan Hamza (kiri) di Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU: Mengejutkan apabila polis turut menemui sebutir bom dinamit buatan sendiri serta raifal mirip AK-47 dipercayai tiruan, selain pelbagai jenis dadah apabila menahan satu pasangan kekasih dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Jalan Damai di sini, Isnin lalu.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas satu peluru AK-47, kanister dan satu bungkusan plastik mengandungi bebola kecil dipercayai digunakan sebagai peluru untuk rompakan bersenjata.
Selain itu, polis menemui beberapa peralatan pecah rumah termasuk kuku kambing, parang, pisau Rambo, pisau berbentuk sabit, pemutar skru dan pemotong besi dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar bandar raya ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terhadap kenderaan jenis Nissan di Jalan Damai dan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta wanita berusia 22 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.
“Pada mulanya, serbuan itu bagi mengesan aktiviti pengedaran dadah, namun siasatan lanjut membawa kepada penemuan senjata api tiruan dan peralatan pecah rumah di rumah suspek.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa jenis dadah termasuk pil Eramin 5 dan masing-masing satu peket dipercayai mengandungi ganja dan syabu selain peralatan termasuk alat penimbang digital, pembalut aluminium dan pemetik api dianggarkan bernilai RM1,150,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, semalam.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui pelbagai senjata dan peralatan pecah rumah dalam sebuah bilik di rumah sama.
“Antara senjata ditemui ialah bom buatan sendiri, raifal AK-47 dipercayai tiruan, pistol tiruan, lima gas bagi meledakkan peluru, pisau Rambo dan sebilah sabit. “Selain itu, polis merampas pelbagai peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru yang disembunyikan dalam bilik berkenaan,” katanya.
Menurutnya, susulan penahanan lelaki tempatan itu serta kekasihnya, warga China berusia 22 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, polis menahan dua lagi lelaki dipercayai penjual senjata berkenaan.
“Lelaki terbabit masing-masing berusia 33 tahun ditahan pada Rabu dan Khamis lalu di sekitar Kota Kinabalu, namun tiada rampasan senjata dilakukan.
“Siasatan mendapati suspek pertama mempunyai kesalahan kes dadah lampau. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 (1), Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan Seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya 1992 kerana memiliki dadah,” katanya.
Harap tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini.
BalasPadamTeruskan usaha menjalankan serbuan untuk membanteras jenayah.
BalasPadamhukuman yang sewajarnya perlu dikenakan terhadap mereka..
BalasPadamserbuan perlu kerap dilakukan oleh pihak polis agar kegiatan2 jenayah dapat dikurangkan.
BalasPadampenjenayah tersebut mempunyai peralatan pecah rumah yang lengkap.
BalasPadamOperasi sebeginilah perlu untuk membenteras penjual dadah dan pelbagai lagi aktivit penjenayah yang lain.
BalasPadamMemang ini penjenayah yang besar. Mempunyai dadah, barang untuk merompak dan senjata api.
BalasPadamorang tempatan pun terlibat? teruk2.
BalasPadamdari mana mereka memperolehi senjata apa itu? buat sendiri atau ada pembekal? persoalan ini juga perlu disiasat..
BalasPadam