Ahad, September 11, 2011

MEMPERINGATI PERISTIWA TRAGEDI 9HB. SEPTEMBER 2001

200 maut terjun dari Menara WTC

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.

Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.

"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.

Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.

Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.

Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.

Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar imej negara.

Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden serangan pengganas ke atas AS hari ini.

8 ulasan:

  1. Adui Kesian betul oh...
    http://www.hmetro.com.my/articles/2011091101285220110911012852/Article/artikelMA

    BalasPadam
  2. Dahsyatnya kejadian 911. Disebabkan serangan pengganas ini, banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. Takziah kepada semua ahli keluarga mereka yang sudah meninggal.

    BalasPadam
  3. ngeri nampak gambar mereka yang terjun dari bangunan tu. wartawan pula masih sanggup untuk rakamkan gambar mangsa2 yang tubuhnya sudah berkecai.

    BalasPadam
  4. kejadian 11 Sept adalah kejadian yang menggemparkan seluruh dunia. kejadian ini harus dijadikan iktibar.

    BalasPadam
  5. peristiwa ini sugguh menyedihkan..peristiwa ini harus dijadikan iktibar dan kita semua harus cintakan keamanan.

    BalasPadam
  6. Mereka yang dalang sebenar di sebalik kejadian ini adalah antara manusia yang paling tidak berperikemanusiaan dan hanya pentingkan agenda masing2.

    BalasPadam
  7. Ini merupakan antara sejarah yang pasti diingat-ingat oleh para penduduk Amerika.

    BalasPadam
  8. Hosie Masie,, bukan sahaja penduduk Amerika, malah seluruh dunia..

    BalasPadam