PKBS Fokus Tingkat Imej Dan Sumbangan Komuniti Bugis Sabah
TAWAU, 10 Sept (Bernama) -- Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) akan memberi fokus untuk memperhebatkan lagi imej dan sumbangan etnik itu dalam pelbagai sektor terutama dalam ekonomi dan perpaduan masyarakat di Sabah.
Presidennya Datuk Osman Jamal berkata sehubungan itu, imej sosial, pendidikan dan perekonomian komuniti berkenaan akan dirangka supaya selari dengan aspirasi semasa dasar-dasar sosial, politik dan ekonomi negeri dan negara.
Pendekatan PKBS selepas proses penjenamaan semula termasuk meningkatkan perpaduan yang penting untuk kestabilan dan dalam memastikan rancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Hari Raya bersama media dan pelantikan anggota Jawatakuasa PKBS Tawau di sini hari ini.
Osman yang juga Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata persatuan akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi komuniti berkenaan.
"Kita juga ingin menjaga imej etnik Bugis dalam bidang pelajaran. Kita tidak mahu melihat ada lagi komuniti Bugis Sabah atau kaum Melayu keturunan Bugis di Sabah yang tidak dapat bersekolah kerana kemiskinan.
"Kita juga tidak mahu melihat atau mendengar ada anak-anak komuniti Bugis yang berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi tercicir atau tidak boleh melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan," katanya.
Katanya masalah itu akan diatasi melalui penubuhan tabung pendidikan persatuan dan bantuan tuisyen.
Selain itu, Osman berkata PKBS akan membina sebuah masjid, dewan dan pusat komersil di tapak seluas 5.2 hektar di Pasir Putih di sini untuk kegunaan masyarakat pelbagai kaum di Tawau.
Katanya dewan yang dinamakan "Dewan Poado" itu akan bercirikan etnik Melayu utama di Tawau seperti Bugis, Tidong, Banjar, Bajau dan Suluk bagi melambangkan perpaduan masyarakat berkenaan.
Katanya nama Poado dipilih sempena nama penyandang jawatan penghulu pertama di Tawau iaitu Poado atau La toampong Andi Buku@Haji Hasan yang tiba di Tawau pada tahun 1882 untuk membuka penempatan di daerah itu.
-----
Semoga hak kaum Bugis akan dipertahankan.
BalasPadamTerukanlah usaha kepada PKBS.
BalasPadamUsaha yang bagus dan harus berterusan.
BalasPadamSemua kaum perlu terlibat dalam setiap pembangunan di Sabah. Harap tiada kaum yang tercicir dalam menikmati arus pembangunan.
BalasPadammana2 persatuan berasaskan kaum akan berusaha untuk meningkatkan imej dan sumbangan mereka. kelihatan seperti cuba untuk menonjolkan kemampuan kaum mereka berbanding kaum yang lain.
BalasPadamAgree
PadamIkutilah segala program yang telah disediakan bagi manfaat diri sendiri. Jangan sia-siakan peluang yang ada.
BalasPadamPerkara yang paling penting adalah keinginan untuk maju.
BalasPadamdiharap identiti setiap kaum/etnik di Sabah dapat dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman.
BalasPadammana-mana persatuan perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan sumbangan dan imej mereka.
BalasPadamsemoga matlamat dan perjuangan PKBS ini tercapai.
BalasPadamPerjuangan PKBS ini sangat berguna untuk kaum bugis yang kurang diberikan perhatian. Semoga berjaya kepada PKBS.
BalasPadam"PKBS akan membina sebuah masjid, dewan dan pusat komersil di tapak seluas 5.2 hektar di Pasir Putih di sini untuk kegunaan masyarakat pelbagai kaum di Tawau."....PKBS juga bukan saja membantu kaum bugis semata-mata tapi pada masa yang sama cuba untuk membantu kaum lain yang ada sekitarnya.
BalasPadamSetuju dengan Shana, budaya dan seni suku kaum seharus dipelihara agar tidak ditelan zaman. Generasi muda yang akan datang juga berpeluang menikmati keindahan dan keunikan budaya suku kaum.
BalasPadam"Pendekatan PKBS selepas proses penjenamaan semula termasuk meningkatkan perpaduan yang penting untuk kestabilan dan dalam memastikan rancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna,"
BalasPadamPembanguan adn kestabilan ekonomi seharusnya tanggungjawab setipa individu. Semoga perjuangan PKBS berjaya dan lebih banyak masyarakat yang mendapat manfaat dan bantuan yang diperlukannya.
Semoga lebih banyak persatuan-persatuan yang berciri budaya dan bangsa ditubuhkan untuk mempertahankan ciri-ciri budaya suku kaum yang unik dan berwarna-warni agar suku kaum ini tidak ketinggalan zaman dan pupus diakhirnya.
BalasPadam"persatuan akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi komuniti berkenaan."
BalasPadamTeruskan usaha dan semoga setiap program and activiti yang dijalankan mendapat sambutan dan sokongan dari golongan masyarakat dan kerajaan. Pembangunan ekonomi memerlukan usaha semua orang tidak kira bangsa atau agama.
Bantuan yang diberi kepada pelajar-pelajar yang kurang berkeupayaan dari segi kewangan adalah tindakan yang bijak supaya pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran dan berkhidmat untuk negara dimasa akan datang.
BalasPadam"Kita juga ingin menjaga imej etnik Bugis dalam bidang pelajaran. Kita tidak mahu melihat ada lagi komuniti Bugis Sabah atau kaum Melayu keturunan Bugis di Sabah yang tidak dapat bersekolah kerana kemiskinan."
BalasPadamBantuan dari segi pempelajaran seharus lebih keseluruhan dan dibuka untuk semua golongan kaum yang berbeza.
Teruskan perkembangan komuniti Bugis supaya lebih ramai mengenal dan menikmati budaya yang unik ini.
BalasPadamSemoga activiti dan program yang dijalankan oleh persatuan-persatuan ini membawa perkembangan kepada ekonomi. Lebih ramai yang bermanfaat.
BalasPadam"Dewan Poado" itu akan bercirikan etnik Melayu utama di Tawau seperti Bugis, Tidong, Banjar, Bajau dan Suluk bagi melambangkan perpaduan masyarakat berkenaan."
BalasPadamPerpaduan masyarakat memerlukan sokongan dan sumbangan semua masyarakat. Semoga lebih banyak suku kaum yang berlainan menyertain persatuan-persatuan sebegini untuk mempertingkatkan lagi imej dan sumbangan etnik dalam pelbagai sektor terutama dalam ekonomi dan perpaduan masyarakat di Sabah.
Ini cuma permulaan, banyak perlu diusahakan lagi, semoga persatuan Bugis mendapat sokongan semua masyarakat dan mencapai kejayaan yang dirancang.
BalasPadamSemoga keunikan budaya Bugis diteruskan turun-temurun.
BalasPadamsaya harap kejayaan PKBS kelak dalam memajukan komuniti Bugis di negeri ini akan menjadi ikutan mana2 persatuan yang sedia wujud atau yang masih belum diwujudkan..
BalasPadambugis bukan peribumi sabah.. sai indak suka ini agenda... pati sudah ada persatuan.. inda lama lg ada tu parti bugis..
BalasPadamdalam ini persatuan ramai itu ic burung2.. sia mau itu bugis prujik ic kasi halau... na sekarang ada sudah dia persatuan.. inda lama lagi itu politik dia pigang... get loose from my land bangsa bugis prujik ic... mcm sial
BalasPadamUr land only keningau k... cuse kamu asal dari hutan/ pakaian kilat2/ tinggal di gunug terus you cakap sabah ni u punya land..? Tawau not ur place.. so be friendly, not just u kasi maju ini sabah, kami juga di tawau bagi sumbangan, aku orng banjar.
PadamAssalamualaikum..blh ka bagi alamat persatuan komuniti bugis ni?? sebab saya mau wat tesis mengenai kebudayan bugis..blh ka bagi alamat penuh?? sbb mau wat temuramah bah dgn pemimpin nya..kalau blh mau alamt tu secepat mungkin sbb ndak lama cuti saya d cni..terima kasih..
BalasPadamalamat di tawau..terima kasih
BalasPadam