MANILA 2 Sept. – Kerajaan Filipina hari ini menggesa Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengambil tindakan terhadap kumpulan serpihan yang diketuai oleh bekas komandernya, Ameril Umbra Kato (gambar).
Manila berkata, kumpulan Ameril itu menimbulkan ancaman serius terhadap rundingan damai bagi menamatkan pemberontakan puak pemisah Islam di selatan negara ini.
Rundingan di Malaysia tergendala bulan lepas apabila MILF menolak formula politik Manila bagi membawa keamanan di selatan Filipina, walaupun kedua-dua pihak berkata, rundingan akan diteruskan.
Rundingan itu juga menjadi rumit disebabkan kumpulan serpihan pimpinan Ameril yang telah menolak rundingan damai dan berikrar untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan sebuah negara Islam merdeka.
“Kami berharap MILF dapat melihat masalah besar akan timbul bagi proses damai jika mereka tidak menangani masalah Ameril ini secara sensitif,” kata ketua panel rundingan damai kerajaan, Marvic Leonen.
Leonen berkata, kerajaan menganggap Ameril sebagai penjenayah dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berhubung serangan ke atas kampung petani di wilayah Cotabato Utara pada 2008 apabila penduduk terbunuh dan rumah serta ladang.
Kumpulan Ameril melancarkan dua serangan ke atas tentera kerajaan tahun ini, tetapi askar tidak menyerang kumpulan serpihan itu disebabkan perjanjian gencatan senjata dengan MILF, ujar Leonen.
Manila dan MILF menjalankan rundingan sejak 1997, dan harapan untuk mencapai kemajuan besar meningkat berikutan pertemuan rahsia di Jepun bulan lalu antara Presiden Benigno Aquino dengan Pengerusi MILF, al Haj Murad Ebrahim.
Sampai bilalah nak berperang? Keganasan bukan penyelesaian kepada semua masalah.
BalasPadammemang sukar untuk mencapai perdamaian jika terdapat pihak yang enggan bekerjasama.
BalasPadamHarap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara aman-damai.
BalasPadambolehkah senjata itu menyelesaikan masalah?.. sampai ke anak cucu pun masalah ini tetap akan berterusan.. sebaik2nya guna la kaedah rundingan.. kalau negara Filipina sahaja yang terjejas akibat dari masalah ini saya tidak kisah, tapi apa yang berlaku sekarang kesannya turut menyusahkan Malaysia.
BalasPadamharap perdamaian akan dicapai dikawasan tersebut.
BalasPadamCarilah penyelesaian untuk kedamaian.
BalasPadam