Jumaat, September 16, 2011

2 LELAKI WARGA INDONESIA DIHUKUM PENJARA 12 TAHUN DAN 2 SEBATAN KERANA MEROMPAK DAN MENYEBABKAN SURI RUMAH MATI

Dua penyamun dipenjara 12 tahun

SHAH ALAM 16 September 2011 - Dua lelaki warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menyamun dan mengelar seorang suri rumah, Raja Noriana Raja Ahmad (gambar), 41, sehingga menyebabkan kematiannya tiga tahun lalu.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Gatut Prastiyo, 26, dan Rotab Mohamad, 23, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan pindaan kerana merompak.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Mereka sebelum itu didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Senjata 1960.

Gatut dan Rotab didakwa bersama-sama dua orang lain yang telah meninggal dunia, melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas harta milik Yusof Abdul, 69, dan isteri, Raja Noriana di antara pukul 4.15 pagi hingga 5.30 pagi di rumah No. 6 Jalan Akuatik 13/66, Seksyen 13, Shah Alam pada 9 September 2008.

Antara barang-barang yang dicuri termasuklah sebuah telefon bimbit jenama Nokia, kamera Sony, barang kemas berupa lapan bentuk cincin, tiga pasang subang, lima utas rantai emas, dua buah loket, dua gelang emas dan sebuah jam tangan.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili Ram Karpal Singh.

Kosmo! pernah melaporkan keluarga mangsa yang ketika itu ingin bersahur mendapati rumah mereka yang baru diduduki kurang dua minggu di Seksyen 13 di sini dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun warga Indonesia.

Dalam kejadian itu, Raja Noriana, ibu kepada dua orang anak yang dijadikan tebusan terbunuh akibat cedera parah selepas ditikam di leher, belakang serta dikelar di rusuk kiri.

8 ulasan:

  1. Semoga mereka dikenakan hukuman yang berat. Mereka telah menyebabkan nyawa orang lain hilang dan trauma kepada keluarga si mati.

    BalasPadam
  2. Nasib baik kedua-dua penjenayah ini berjaya diberkas.

    BalasPadam
  3. hukuman berat wajar dikenakan terhadap penjenyah tersebut.

    BalasPadam
  4. Kesian betul dengan mangsa yang terkorban. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  5. kerajaan memang perlu kurangkan warga asing di negara ini. mereka tidak serik2 melakukan jenayah.

    BalasPadam
  6. patut mereka ni dikenakan hukuman yang lebih berat kerana merompak dan membunuh.

    BalasPadam
  7. Hanya hukuman 12 tahun dengan tindakkan kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan orang mati? Adilkah? Rasanya perompak diluar sana tidak takut dengan jenayah yang mereka lakukan kerana hanya hukuman penjara dan sebat. Senang hati mereka.

    BalasPadam
  8. jenayah membunuh patut dihukum mati.. bukannya sekadar menerima hukuman penjara dan sebatan.

    BalasPadam